KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Julai 20, 2010

Saman ekor: Kerajaan Umno-BN mahu wang atau cegah kemalangan?

"Tidak hairanlah kepada kita kenapa Dato' Seri Najib menyokong tindakan polis dan JPJ. Maka satu lagi projek 1Malaysia rakyat didahulukan, saman diutamakan," tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

"Tindakan saman ekor memang bertujuan untuk mendapat wang, bukan untuk mengurangkan kemalangan jalanraya. Ada mereka yang dikenakan saman kerana membawa kereta melebihi 60 kilometer sejam. Logikkah saman ekor di kawasan berkenaan, mana ada kenderaan sekarang yang berjalan 60km/jam di jalan raya," katanya kepada Harakah.

PAS kesal sikap ditunjukkan kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menyenarai hitam pemandu sehingga mereka tidak akan dibenarkan untuk membaharui cukai jalan. 

Ustaz Idris berkata, ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barang dan tekanan hidup, dengan indeks pengguna yang bertambah meningkat tiba-tiba pihak polis dan JPJ berkeras tidak membenarkan mereka yang  terbabit dengan saman ekor memperbaharui cukai jalan. 

PAS tegasnya, bukan menentang saman kepada mereka yang bersalah, tetapi biarlah dihukum mengikut proses yang betul dan kenapa mereka yang disaman, tidak dibawa ke muka pengadilan untuk dibicara, soal beliau. Sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh PDRM.

1 ulasan:

Walinong Sari berkata...

Jangan dipersalahkan kerajaan dalam isu ini. Kerajaan mana pun memerintah Polis tetap dengan tugasnya mengikut undang-undang. Adalah tidak adil menuduh PM bersekongkol dengan Polis.
Rakyat tahu kita ada mahkamah, biarkan kes di bicarakan. Baharu adil.