KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Jun 02, 2009

Jawatan Timbalan Presiden PAS makin panas, ketiga-tiga calon punyai potensi menang!


KUALA LUMPUR: Pertembungan antara Ustaz Nasharuddin Mat Isa dengan Husam Musa kelihatan begitu "panas" dirasakan menjelang pemilihan PAS pada Muktamar PAS ke-55, 5 Jun nanti. Semua mereka layak untuk dinobatkan.

Beberapa pemerhati politik rata-rata hairan apabila melihat dokongan padu akhbar primitif kuasaan Umno, Utusan Malaysia terhadap calon bertahan Timbalan Presiden PAS itu. Sejak sebulan lalu, Utusan bertindak seolah-oleh seperti akhbar pro Nasharuddin yang dikatakan duduk pada saff pro-muqabalah.

Pada masa yang sama, gelagat Husam Musa dengan kenyataan-kenyataan sinisnya terhadap Nasharuddin telah menimbulkan rasa kurang senang sesetengah perwakilan. Selain rakan akrabnya, Sayuti Omar suatu ketika dahulu yang terus membelasah Husam, portal berita Malaysiakini dilihat menjadi media rasmi berkempen Husam.

Sementara itu, Mohamad Sabu terus berceramah di merata Malaysia hingga tertinggal untuk berkempen secara serius. Media cetak mahupun media baru seperti portal berita dan blog, tidak mengangkat beliau.

Apakah sifat berdiam diri Nasharuddin yang didokong kuat Utusan Malaysia akan membawa tuah kepada beliau? Atau Husam yang terus dibelasah oleh musuh-musuhnya akan mendapat simpati perwakilan? Bagaimana dengan Mohamad Sabu yang tidak ke mana-mana dari segi pendiriannya, muqabalah tidak, pro Pakatan Rakyatpun tidak?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

serah pada perwakilan saja.apa nak ribut-ribut.Perkasakan semua organisasi.tak payah beri dan minta banyak sangat pandangan, bercakap dan menulis perkara-perkara yang boleh mencelarukan.bina motivasi ahli supaya berjihad dan memikirkan kehidupan selepas mati

Tanpa Nama berkata...

husam ka,nasa ka,dua2 bakal melingkupkan PAS..mat sabu dah lama berjuang,apa yang dia ada kalau nak banding dengan 2 ekor tu?