KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Jun 10, 2009

Tok Guru Nik Aziz sedih dan kecewa perwakilan tolak pemimpin PAS Kelantan pada Muktamar PAS

KOTA BAHARU: Pesuruhajaya PAS Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa sedih dan kecewa yang amat sangat apabila calon-calon PAS dari Kelantan tewas pada pemilihan Jawatan Kuasa PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55, 5-7 Jun lalu yang berlansung di Stadium Malawati Shah Alam.

Ketika diwawancara oleh Harakah yang terbaru hari ini dan disiarkan pada halaman Fikrah (Bil 1446), Tok Guru berkata, beliau akan meminta PAS Kelantan membuat kajian mengapa tokoh-tokoh negeri itu ditolak oleh perwakilan.

Mengulas isu yang sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein pula menyifatkan kedudukan pemimpin PAS Kelantan kini dilihat tergugat kerana anggota parti mula menolak ketokohan kepimpinan dari negeri Kelantan.

Ketiadaan pemimpin PAS Kelantan yang terpilih dalam Muktamar PAS adalah bukti masyarakat PAS kini menolak kepimpinan di negeri yang pernah menjadi "kubu kuat" parti itu.

"Saya tidak tahu apa sebenarnya punca pemimpin PAS dari Kelantan kini ditolak kecuali Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar sahaja yang dipilih dari negeri Kelantan.

"Mungkin mereka ditolak kerana ideologi kepimpinan yang berbeza. Atau mungkin ia berkait dengan isu kerajaan perpaduan," katanya kepada pemberita selepas melawat Nur Abadi Garments Sdn Bhd, di sini hari ini.

Pada muktamar itu, Nasharudin Mat Isa yang mewakili golongan ulama berjaya menewaskan dua lagi pencabar iaitu Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa dan bekas Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

Antara anak jati Kelantan yang tumbang termasuklah Ahli Parlimen Pangkalan Chepa, Abdul Halim Abdul Rahman, tiga Exco Kerajaan Negeri, Dato' Nik Amar Nik Abdullah, Anuar Tan dan Dato' Takiyuddin Hassan, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim, Mohd Appandi Mohd (bekas Ahli Parlimen Jeli), Mumtaz Mohd Nawi (Senator), Dato' Omar Mohamad (Adun Perupok)dan Dato Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Ahli Parlimen Kota Bharu).

Walaupun pada penggulungan Dato' Husam Musa menyifatkan terdapat empat wakil dari Kelantan yang menang, tetapi ia tidak dilihat sebagai mewakili PAS Kelantan. Mereka ialah Timbalan Presiden, YB Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden, YB Salahuddin Ayub, Bendahari Agung, YB Dr Mohd Hatta Ramli dan Setiausaha Agung, Kamaruddin Jaffar.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Haron Din kata ahli-ahli kena wala' dan siqah dengan pimpinan yang telah dilantik.

Tahukah dia, bahawa Haron Din sekarang tidak wala' dan tidak siqah dengan Tok Guru Nik Aziz yang jadi ketua dia dalam Majlis Syura Ulama?

Mursyidul Am orang no satu dalam PAS. Macam mana Hadi dan Nasa, Cikgu Pa, dll yang tidak sigah dan wala' dengan Mursyidul Am?

Ahli-ahli juga patut persoal juga dengan mereka di atas yang tidak wala' dengan ahli-ahli di bawah. Kita bagi angkat mereka untuk lawan Umno bukan kerjasama dgn Umno.

Kalau tak faham kita ajar mereka pada PRU 13 dan pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 nanti. Insyaallah baru mereka tahu!