KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Ogos 13, 2010

Lagu, puisi, kartun jadi wadah Pakatan Rakyat sampaikan mesej


Ceramah sudah, dialog pun sudah. Kini, medan penerangannya berkonsepkan santai dan menghiburkan. Mesejnya jelas untuk membangkitkan kesedaran di kalangan rakyat di setiap peringkat. Pada 24 Julai lalu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganjurkan Malam Seni Tahan Tanpa Bicara, yang diadakan di Dewan Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ), Kota Damansara.

Majlis yang bermula jam 8 malam itu, diserikan dengan dendangan puisi dari penulis bebas, Hishamuddin Rais yang juga merupakan bekas tahanan ISA. Dengan gaya bersahaja, Hishamuddin menarik perhatian hadirin dengan puisi ISAnya.

Hidangan bihun goreng, cucur ikan bilis, kuih-muih dan teh tarik turut menjadi perhatian hadirin untuk mengisi perut dan penghilang dahaga sambil menikmati dan menghayati dendangan lagu dan puisi yang disampaikan aktivis ISA. Rata-rata tetamu yang hadir pada malam itu kelihatan begitu terhibur. Tidak kurang yang tertawa dengan bait puisi dan sajak yang sinis, ada juga yang bersorak gembira apabila nama pemimpin negara disebut.

Malam yang dingin menjadi semakin hangat apabila persembahan Rumah Anak Teater mengambil tempat. Anak muda bernama Nick, bersama gitar dan harmonika memulakan persembahannya dengan menyanyikan dua buah lagu rakyat. Ketika ini, hadirin yang hadir turut melambai dan bertepuk tangan mengikut rentak lagu yang dinyanyikan. Malah, terdapat permintaan lagi untuk Nick meneruskan persembahan.

Sejurus itu, Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim yang juga bekas tahanan ISA tampil mendeklamasikan sajak beliau yang ditulis ketika berada di dalam tahanan ISA. Beliau menyampaikan tiga buah sajak sambil dilatari petikan gitar solo.

Sajaknya yang bersahaja, namun sarat dengan mesej, selain menggambarkan kesengsaraan yang dialami beliau, keluarga dan semua mangsa ISA. Selain sajak, sebuah sketsa turut dipersembahkan pada malam tersebut.

Persembahan diteruskan dengan nukilan kartun-kartun kartunis terkenal, Zunar yang tidak sempat dibukukan kerana tindakan kerajaan mengharamkannya. Hadirin tidak henti-henti tertawa sepanjang kartunnya disiarkan di layar besar yang disediakan. Ditambah pula dengan 'penerangan' Zunar tentang kartunnya.

Bagi menutup persembahan malam itu, seorang lagi anak seni, Mior dari Rumah Anak Teater kembali menggegarkan pentas dengan nyanyian rakyat yang penuh santai. Beliau turut memanggil hadirin ke pentas dan menjemput untuk bernyanyi bersama-sama.

Lagu tema ISA, yang begitu santai liriknya berjaya menggamit 'mood' hadirin untuk bernyanyi bersama. Kelihatan para hadirin tersenyum puas apabila malam itu berakhir dengan satu mesej yang sarat dan jelas-ISA wajib dimansuhkan! Selain Dr Nasir, turut hadir pada malam itu ialah Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, Setiausahanya, E. Nalini, Bendahari GMI, Nashitah Mohd Nor, dan AJK GMI, Aliza Jaffar.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Excellеnt ρoѕt. I definіtely love thiѕ website.
Stіck ωith it!

Feel fгeе to surf to mу ωeb-site ...
unlock iphone 3

Tanpa Nama berkata...

As long as you're going at maximum effort you're executing it right, even if it isn't, most of their heat was lost through their heads. The following guidelines are subject to a number of delicious varieties to choose from, it can be tackled, hoodia gordonii plus ceny but in the long run. Woody Allen would not be amazed to learn that the majority of the market cap depending on his cost basis? Think of errands that you run on a daily basis.

Also visit my web page - weight loss