AKU sokong seratus peratus, cadangan Tok Guru Nik Aziz untuk diadakan mesyuarat Agung Khas untuk melakukan usul pertama: pemilihan semula kepimpinan dalam PAS dan usul kedua: memilih nak UG atau nak PR.
Untuk usul pertama: Memilih kepimpinan, tiba-tiba Bang Mat Sabu dipilih menjadi Presiden dan Mat Toy sebagai Timbalan Presiden dan Heh..... heh.. heh, Razak Sentu serta Bakaq Paket Emboi sebagai Naib Presiden aku akan pertahankan mereka sama seperti Ustaz Idris pertahankan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang jika mereka ditendang aku akan boh penerajang balik.
Kerana mereka adalah pimpinan dan aku kenali hati budi mereka. Kalau jadi masalah ialah kerena orang keliling mereka sebenarnya. Watak Bang Sabu hampir sama dengan watak Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, tu yang aku syok kat dia tu........
Untuk usul kedua: Memilih nak UG atau PR, tiba-tiba perwakilan memilih nak UG. Aku beri tahu awal-awal lagi aku akan ikut jejak langkah Al-Marhum Ustaz Azahari Abd Razak, bekas Ahli Majlis Syuraa Ulamak PAS juga Bekas Pesuruhjaya PAS Kedah dan dipecat dari Majlis Fatwa Negeri Kedah kerana menyatakan dengan tegas Ustaz Ibrahim Libya adalah mati syahid pada tahun 1986.
Beliau telah bertawakuf sepanjang PAS bersama Perikatan/BN (yang ketika itu jika bersama dengan BN sudah tentu boleh jadi EXCO Kerajaan Negeri kerana PAS ada 8 dari 24 kerusi- masa tu mana ada lagi pensyarah Universiti teringin nak aktif dalam PAS, sudah tentu peluang beliau lebih baik untuk jadi EXCO berbanding orang lain).
Sebaik sahaja PAS di teranjang keluar BN (aku pun tak tau sehari dua ni suka cakap pasai penendang, peneranjang, penendang dan sebagainya-mungkin macam Pak Daeng Sanusi kut - ketika jadi Ketua Penerangan PAS Pusat dulu, menerang kepada UMNO, balik ke negeri Johor jadi Pesuruhjaya - penerajang sama UMNO) Ustaz Azahari kembali aktif membawa obor dan cita-cita Fasal 5 Perlembangaan PAS kehulu kehilir.
Sehinggalah PAS kembali dikenali ramai, menjelas batas iman dan kufur, mengapa tidak boleh menyokong UMNO, apa itu assobiyyah, apa itu sekular dan macam lagi sehinggalah PAS kembali gagah kerana bahanapi perjuangan (taqwa) memenuhi setiap dada ahli dan penyokongnya.
Maka ia meluncur laju menerobos angkasa beritahu Pak Garson dari Indonesia, tetapi luncuran tersebut akan kembali menjunam jika bahanapi perjuangan (taqwa) mula kurang didalam tangki (dada) pejuangannya dan sokongan akan memula memudar.
Sedarlah, kita tidak dapat menjaga hati manusia, kita hanya mampu berusaha yang membolak balik hati manusia ialah Sang Penciptanya.
Aku beritahu awal-awal bahawa aku akan tawakuf dari PAS, mungkin ketika itu akan aktif sekejap dalam NGO seperti JIM (mungkin kerana belum pernah aktif dalam JIM) yang telah meletakkan sasaran tahun 2020 (ada 11 tahun lagi) akan melaksanakan Syariat Islam di Malaysia ini.
Bagaimana cara untuk capai itu aku sudah tanya pada sahabat JIM di Kedah dan beritahu mereka inilah yang menyebabkan Jeff Oii pening - iaitu tak masuk pilihan raya bagaimana nak memerintah Malaysia, kerana cara selain itu sudah tentu secara rampasan kuasa dan qital sahaja.
Wa'allah hu aklam, mereka mungkin ada cara yang lebih hebat, jadi kalau Muktamar PAS pilih nak UG, aku nyong-nyong bawa beg plastik macam Ghafar Baba masuk JIM la kut atau lagi dahsyatnya joint dengan Ahmadi Nijad tolong dia buat emparan untuk mengurai bahan radioaktif serang Israel.
Paling koman pulun pintai kueh Pintai Bilis pun rasa lebih faedah dan dapat pahala daripada bersama dengan UMNO/BN. Bila PAS kena terajang balik dari BN mungkin aku akan masuk semula dan aktif semula, boleh jadi masa berakpun orang basuh dah........ telinga pun tak dengar...... pasai tua bangka dah ataupun pakai mati celik sebab tunggu, PAS keluar semula dari UMNO/BN.
UMNO/BN tidak akan dapat dipulihkan lagi, yang perlu sekarang ia perlu dikuburkan. Kita bina landskap politik baru di Malaysia ini bersama Pakatan Rakyat. Individu kepimpinan PAS iaitu Tuan Guru Hj Abd hadi Awang, terus aku kagumi dan hormati dan beliau adalah seorang yang baik, ikhlas serta jujur dalam firasatku.
Oleh itu kepada kepimpinan PAS yang aliran pemikirannya seperti Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat hendaklah sering begulin-garak dengan Presiden, maka racun UG akan dinyahkan dari suntikan maut yang diberikan oleh mereka-mereka itu setiap hari.
Malangnya kita hanya menyembur dari kejauhan, rapat dan tusuklah nasihat berguna itu setiap hari dengan menjadi teman setia Presiden demi Islam, demi rasulNya dan demi Allah. Kita mesti berjiwa besar untuk membawa inspirasi Islam kedalam hati manusia.
Tengok cara orang berjiwa besar, walaupun dikatakan bukan anak tempatan beliau tetap selamba je memenuhi undangan.
Jangan marah, marah jual.
Ditulis Oleh ARIS AWANG
Bekas Ketua Pemuda PAS Kedah dan bekas Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan