KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Oktober 23, 2009

Tok Pepijat dakwa Dr Aziz Bari "terjolok sarang tebuan"?

NAMPAKNYA ulasan Pakar Undang-Undang Dr Aziz Bari tentang Bagan Pinang mengundang banyak polemik. Samada pro atau kontra.

Dr Aziz Bari terkenal sebagai pakar undang-undang terutama dalam membicarakan perlembagaan negara. Ulasan beliau begitu terperinci dan kemas dalam hal perundangan Malaysia. Ulasan beliau tentang kes Perak dan undang-undang syariah juga membuka mata kita tentang "kepincangan "yang berlaku di negara kita.

Tapi kali ini beliau cuba "ubah angin" bicara tentang politik. Lebih parah beliau cuba "jaga tepi kain" parti politik.

Jika Dr Aziz Bari bercakap tentang "kejahilan" Dr Hasan Ali tentang peranan seorang Exco, boleh kita terima. Ini sememangnya Hasan Ali "jahil" tentang peranan Exco walaupun beliau bekas pegawai PTD.

Tetapi bila Dr Aziz mula mengelas dan mengkategorikan pimpinan PAS sebagai pro UMNO, ini suatu perkara yang malang bagi Dr Aziz. Lebih malang bila beliau sarankan perubahan bagi pucuk pimpinan PAS. Mungkin Dr Aziz tersalah tulis kot! Atau tergelincir pena.

Walauapapun, pandangan Dr Aziz dihargai. Pandangan beliau sebagai intelektual perlu dihargai dan direnungi. Ada yang boleh diterima dan ada yang boleh ditolak.

Cumanya cara jawab Ketua Penerangan PAS agak "kasar dan emosional". Mengandaikan Dr Aziz ambil fakta dari tepi jalan adalah satu penghinaan kepada warga intelektual.
Yang perlu difahami, Dr Aziz Bari bukanlah intelektual jenis "kangkung". PAS perlu ramaikan rakan bukan perbanyakkan musuh.

Kita hendaklah pandai membezakan antara intelektual dengan politikus. Ulasan Dr Aziz adalah berbeza dengan ulasan Dr Khir Toyo. Jadi, jawablah dengan berhemah tanpa emosi.

Ditulis Oleh TOK PEPIJAT
bLOG http://tokpepijat.blogspot.com/

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...saya setuju...dengan pandangan di atas....menjawab dengan berhemah...bukan dengan emosi......(tidak jawab macam puak yang satu lagi)saya sebagai antara ahli pas dibawah rasa malu dengan komen sesetengah pemimpin pas yg membuat kenyataan yang tiada melambangkan akhlak seorang pemimpin islam..
saya minta maaf sekiranya ulasan saya ini menyakiti hati sesetengah pimpinan pas(walaupun kami telah lama mejeruk rasa dengan cara sesentengah pemimpin pas)

yanmaneee berkata...

lebron james shoes
yeezy shoes
kyrie irving shoes
supreme clothing
jordan 6
cheap jordans
giannis shoes
curry 7
yeezy boost
jordan shoes