KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak 23 Oktober lalu agak 'muram' dan tidak mempunyai sesuatu perubahan yang boleh dijadikan asas yang kukuh untuk melihat rangsangan yang lebih kompetitif dalam menghadapai kemelut ekonomi di peringkat global.
Jelas beliau yang ditemui selepas pembentangan bajet tersebut, bajet tersebut tidak memberi 'sentuhan' yang dapat dinikmati golongan bawahan.
Selain itu katanya, sungguhpun Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diberikan autonomi untuk mendapatkan dana untuk menjadi lebih inovatif, IPTA harus dibebaskan daripada Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) supaya menjadi lebih kompetitif untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Ibn Taimiyyah menegaskan: "Memimpin dan menguasai ummat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman; semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan." - (As-Siasah As-Syariah: 172-175)
0 ulasan:
Catat Ulasan