KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 10, 2009

Kecam polis hanya berpeluk tubuh - Dr Lo Lo Ghazali

BAGAN PINANG: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali mengecam tindakan ganas Pemuda Umno yang menyerang Markas Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat dan menetak seorang petugas pemuda PAS di Bagan Pinang lewat malam 7 Oktober lalu.

Katanya, terdapat gangguan ke atas petugas di kalangan Muslimat PAS dan Wanita KeADILan serta DAP yang diperlakukan oleh penyokong Umno/BN di sini.

Antara insiden yang berlaku, dedahnya, seorang Pemuda PAS diserang oleh ratusan Pemuda Umno di Taman Dato Hj Abdul Samad 7 Oktober lalu. Ini mencerminkan kejahatan penyokong Umno dalam kempen pilihan raya kecil ini yang sepatutnya berjalan dengan aman.

Ujar Dr Lo Lo, insiden ini sebenarnya diketahui oleh pihak polis yang rata-ratanya berada di setiap tempat di Bagan Pinang dalam mengawal keselamatan petugas kesemua parti yang bertanding,

Namun, Umno/BN yang mempunyai rangkaian samseng hanya dibiarkan sahaja oleh polis. Kes ini perlu perhatian tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan sebarang kelembapan atau kelemahan siasatan, ia perlu dipertanggungjawabkan ke atas KPN, katanya.

"Saya menuntut agar pihak polis terutamanya KPN mengambil serius akan kesemua kes yang telah berlaku ini dan tidak memekakkan telinga atau menutup mata hanya kerana yang menyerang itu Pemuda Umno," tegas Dr Lo Lo lagi.

Tiada ulasan: