KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 10, 2009

Tindakan samseng petugas Umno untuk kekalkan kuasa - Johari Abdul

BAGAN PINANG: Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato' Johari Abdul menyifatkan keganasan pemuda Umno memukul dan mencederakan petugas PAS sebagai strategi memprovokasi PAS, agar satu pergaduhan besar berlaku, maka seandainya BN kalah dalam pilihan raya ini, maka PAS akan dipersalahkan.

"Pada ketika itu, BN akan berkata punca kekalahan mereka adalah kerana keganasan PAS. Maka ramai pengundi tidak keluar mengundi atau pun pengundi Bagan Pinang tidak berani mengundi BN kerana takutkan PAS membuat kekecohan," kata Johari.

Menurut beliau, ini adalah strategi lama Pemuda Umno yang diupah dengan wang ringgit untuk menimbulkan kekecohan dan akibatnya kadar keganasan semakin meningkat setiap kali berlakunya pilihan raya.

Johari percaya trend ini akan berterusan sehingga pilihan raya akan datang untuk memanipulasi situasi politik tempatan.

Beliau berkata demikian berhubung beberapa siri keganasan membabitkan Pemuda Umno yang menyerang dan mengepung petugas pilihan raya PAS sejak 7 Oktober lalu di beberapa lokasi di sekitar Bagan Pinang.

"Saya juga meminta penyokong Pakatan Rakyat agar tidak beremosi dan terperangkap dengan helah Pemuda umno yang cuba mengumpan untuk cetuskan keganasan. Inilah helah mereka yang terakhir untuk menutup malu dan tidak mahu dimalukan dalam keputusan pilihan raya kecil ini," ulas Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani.

Johari berkata keganasan politik sudah menjadi budaya Umno dan mereka akan terus menggunakan budaya ini untuk mengekalkan kuasa.

Tiada ulasan: