KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 24, 2009

Mengaku 'akulah speaker Dun Perak': Khalil Idham anggap Genesan 'mabuk'

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (BBC), Drs Khalil Idham Lim menyifatkan Speaker haram lantikan BN, Dato' R Ganesan sudah 'mabuk' kerana masih mengaku sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

Jelasnya, usaha Ganesan yang muncul dengan alasan terbaru kononnya beliau adalah satu-satunya calon Speaker dan telah dipilih oleh majoriti ahli dewan dan telah mengangkat sumpah serta menandatangani surat sumpah berkenaan, adalah usaha menegakkan benang yang basah dan jelas menampakkan dia sudah 'mabuk' kuasa.

Khalil juga mencabar Ganesan berdebat secara terbuka menjawab persoalan mengapa beliau masih aktif sebagai peguam sehingga 17 Ogos melewati tiga bulan setelah dilantik dan menipu dalam membuat akuan bersumpah bertarikh 6 Ogos sehari sebelum tamat tempoh 3 bulan itu, sebelum sidang Dun Perak bermula 28 Oktober ini.

"Kalaupun beliau dilantik secara sah pada 7 Mei, kenapakah Ganesan tidak mahu menjawab isu mengenai dia masih aktif sebagai peguam. Katanya, dia sudah hilang kelayakan itupun kalau benar perlantikkannya sah.

"Saya mencabar Ganesan dengan segera menjawab isu ini dan saya mencabar beliau berdebat secara terbuka dimana sahaja sebelum tarikh 28 Oktober ini demi untuk kebaikan rakyat Perak. Jika beliau mendakwa mementingkan rakyat, saya mulai dari kenyataan ini diterbitkan menunggu jawapan segera untuk berdebat dari beliau," tegas Khalil yang juga Adun Titi Serong kepada Harakah.

Khalil mempersoalkan bagaimana Ganesan boleh mendakwa majoriti ahli dewan memilihnya sedangkan kedudukan kerusi BN dan bebas pada masa itu hanyalah 21 orang sahaja di dalam dewan kerana 10 daripadanya telah dihalau oleh Speaker Sivakumar.

"Adakah dia sudah tidak tahu mengira? Tindakan Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Speaker Siwakumar adalah termsuk dalam urusan Dewan yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana mahkamah seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 72(1)(2) dan (3).

"Usul melucutkan Speaker dilakukan oleh Zambry dan disokong oleh Hamidah yang telah dihalau keluar oleh Speaker Sivakumar. Jadi, bagaimanakah Ganesan mengatakan perlantikannya sah ?" soal Khalil.

Tiada ulasan: