KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 24, 2009

Bubar Dun Perak segera, serah mandat pilih kerajaan kepada rakyat

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak pada bila-bila masa sahaja, tegas Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Meng kepada Harakah.

Beliau berkata Pakatan Rakyat Perak sentiasa bersiap sedia sepanjang masa bagi sebarang kemungkinan termasuk diadakan pilihan raya Dun Perak.

"Kita sentiasa bersedia sepanjang masa dengan bersandarkan prestasi yang ditunjukkan semasa menerajui kerajaan negeri Perak selama 10 bulan," ujarnya ketika diminta mengulas mengenai desas-desus pembubaran Dun Perak yang dijangka berlaku pada akhir tahun ini.

Ditanya peluang kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya itu, beliau optimis dengan sokongan rakyat Perak yang dirasakan masih bersama Pakatan Rakyat. Selian itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata faktor yang turut menyumbang kemenangan tersebut adalah semangat kerjasama antara tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

"Kita akan menghormati sebarang keputusan yang akan dibuat rakyat Perak, tetapi biarkanlah proses demokrasi berjalan seperti biasa. Kita kena biarkan rakyat menentukan siapakah yang lebih layak mentadbir Perak," soal Nga.

Beliau yang juga Adun Pantai Remis, menempelak senario politik Perak sekarang yang masih bergolak apabila berlaku rampasan kuasa oleh Umno-BN pada awal tahun baru-baru ini. Dalam nada yang sinis, Nga menegaskan slogan yang sering dilaungkan pemimpin Umno-BN iaitu rakyat diutamakan hanyalah lakonan dan kosong semata-mata.

"Rampasan kuasa adalah suatu penghinaan. Bukankah kerajaan selalu mengulangi slogan mereka bahawa rakyat mesti diutamakan? tanya beliau.

Justeru ujarnya, langkah untuk membubarkan Dun merupakan jalan yang terbaik bagi memberikan keadilan dan hak secara saksama kepada semua pihak.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

малолетка сосет у мужика онлайн http://free-3x.com/ порно изнасилование школьниц free-3x.com/ подростки у гинеколога видео [url=http://free-3x.com/]free-3x.com[/url]