KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Oktober 19, 2009

Pemuda PAS cabar MB N9 debat isu undi pos - Suhaizan Kaiat

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat mencabar Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hassan atau mana-mana pihak dalam Umno terutama Pergerakan Pemuda Umno untuk berdebat di bawah tajuk "Ruang Manipulasi Dalam Pengurusan Undi Pos Di Malaysia", pada bila-bila masa sahaja.

Demikian ditegaskan Pengerusi Jawatankuasa Khas Undi Pos Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Cabaran itu ekoran dari kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Mohamad yang mendakwa pimpinan PAS yang terus memainkan isu undi pos dan tidak mahu mengakui kekalahan mereka diibaratkannya seperti orang 'tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket.'

"Peribahasa Melayu itu bermaksud 'tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri' itu sesuai dikaitkan dengan mereka yang masih menyalahkan undi pos sebagai punca kekalahan mereka," kata Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan.

PAS tegas Suhaizan tidak menafikan wujudnya sistem undi pos yang lemah sehingga ianya mudah dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Beliau berkata, sistem undi pos yang lemah itu termasuklah pertindihan daftar pemilih seramai 253 pengundi yang boleh mengundi dua kali bahkan perkara ini turut diakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sehubungan, Suhaizan menyangkal tuduhan Mohamad Hassan yang mengibaratkan pemimpin PAS seperti orang 'tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket.'

Tiada ulasan: