KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 10, 2009

JKR turap lubang-lubang rasuah Isa Samad di Bagan Pinang?

BAGAN PINANG: jentolak dan bulldozer Jabatan Kerja Raya (JKR) yang datang ke Bagan Pinang belum mampu menurap atau menutupi lubang-lubang rasuah yang pernah dilakukan oleh calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad.

"Satu negara sudah tahu Isa adalah ikon 'pemimpin perasuah' dalam Umno. Beliau yang juga pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Wilayah Persekutuan juga pernah terbabit dengan pelbagai skandal termasuk kes penjualan tanah-tanah milik Kerajaan di persisir pantai Port Dickson," dedah Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau berkata, setiap kali ada pilihan raya maka segala akan diarahkan menurap jalan yang berlubang, rosak, malah ada juga jalan yang tidak rosak diturap juga.

Perkara ini berlaku di Bagan Pinang yang kini sedang dalam fasa kempen pilihan raya kecil selepas kematian Adun BN.

Malangnya, tegas beliau, Umno-BN meletakkan calonnya, Tan Sri Isa Samad yang sudah disabitkan kesalahan rasuah oleh oleh Lembaga Disiplin Umno hingga digantung keahlian selama 3 tahun.

"Jika anda pergi ke sekitar Pantai Port Dickson, anda akan melihat begitu banyak rumah dan villa peranginan yang hampir 99% dimiliki oleh orang luar. Di setiap kawasan rumah atau villa itu diletakan papan tanda 'Hak Persendirian' yang memaklumkan orang ramai bahawa tanah itu sudah dijual oleh Isa semasa beliau jadi Menteri Besar kepada orang luar itu," tegas Ustaz Idris.

Tegasnya, JKR tidak mampu untuk membantu Isa, tetapi mereka hanya datang ke Bagan untuk melakukan kerja siang malam demi mencari rezeki buat anak isteri. Tetapi untuk menurap lubang-lubang rasuah Isa, itu bukan kerja mereka.

Tiada ulasan: