KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Oktober 23, 2009

Bimbang PAS berpecah jika EGM diadakan juga - Al-Brangi

ENTAH berapa kali saya baca posting TG Nik Aziz yang disiarkan pada Khamis, 22 Oktober 2009. Saya baca berulang-ulang kali untuk cuba menyelami isi hatinya. Lagi diulang lagi timbul kegerunan dalam diri saya.

Saya tidak mahu ambil peduli siapa yang memberi kritikan, samada ia pedas atau hambar, samada ia cynical atau lurus-bendul, samada dia Profesor atau blogawan otai, samada ia penganalisa politik yang 'tajam' atau penganalisa politik yang baru hendak 'mengasah' penanya kepada pimpinan PAS.

Tetapi apabila seorang yang jatuh bangunnya bersama PAS untuk sekian lamanya, lebih-lebih lagi bertaraf Mursyidul Am, maka curahan isihatinya, luahan dalamannya terpaksa diberi perhatian dengan penuh teliti dalam lingkungan pemahaman saya yang serba jahil kerdil dan masih tumpul pengamatan ini.

Di awal perenggan, saya ada berkata, saya amat gerun dengan posting TGNA, kerana di dalam mukadimah postingnya, beliau merasakan (beliau tidak sedap hati) atau meletakkan masalah kepimpinan dalam PAS sekarang sama getirnya dengan zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Seperti sedia maklum, Allahyarham keluar daripada PAS dan masuk UMNO.

Apabila TGNA meletakkan ketidaksedapan-hati beliau sekarang sama seperti di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri, maka saya terbayangkan PAS akan atau telah pun tempuh fenomena gerhana. Seperti sedia maklum, tempoh fenomena gerhana, hanyalah seketika, dunia akan kembali terang setelah bulan beredar dari garisan selari dengan bumi dan matahari.

Saya berharap dan berdoa agar apa yang TGNA utarakan, keadaan sebenarnya tidaklah seburuk apa yang saya faham.

Saya amat bersetuju dengan TGNA, bahawa dalam Islam, tegur-menegur dibolehkan seperti di dalam ayat Quran yang dipaparkan oleh beliau, bahkan "dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini," katanya.

Kata orang bijak pandai, "Kata-kata lebih tajam dari pedang" atau "The pen is mightier than the sword". Rupa-rupanya tulisan Dr. Aziz Bari baru-baru ini berjaya membuka minda kebanyakan ahli dan penyokong PAS, berjaya menarik ahli dan penyokong berfikir di luar kotak. ('Thinking outside the box').

Berbagai-bagai persepsi dan berbagai-bagai tafsiran.

TGNA mengaku bahawa beliau boleh bersetuju dengan sebahagian daripada tulisan Dr. Aziz Bari, lantaran itu beliau berpandangan satu Muktamar Khas Luar Biasa perlu diadakan yang bertujuan untuk mengikis segala kekeliruan, kecelaruan golongan atas pagar seperti katanya, "...puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas."

Dalam Muktamar Khas Luar Biasa yang diutarakan itu, TGNA berkata "Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat beralah."

Apa yang saya faham beliau dengan bahasa yang lembut lagi berlapik bermaksud, jikalau keputusan Muktamar yang diutarakan itu membuat keputusan mahu mengekalkan Presiden PAS sekarang (TGHA), maka beliau boleh terima (tidak mengapalah atau tidak kisahlah) yakni, beliau boleh terima keputusan Muktamar dan mengajak seluruh ahli berpakat-pakat atau bersatulah semua membela parti.

Tetapi yang merunsingkan saya, ialah ada kemungkinan lain, yang ada disebalik kata-kata itu yakni, "jikalau keputusan Muktamar membuat keputusan tidak mahu mengekalkan Presiden PAS sekarang (TGHA), adakah TGNA boleh terima atau akan terima?" Saya amat berharap dan mohon maaf TGNA, agar telahan saya salah.

Di antara keperluan lain diadakan Muktamar Khas Luar Biasa ini ialah, TGNA mahu supaya Muktamar memutuskan samada PAS wajar bekerjasama dengan UMNO yang menjuruskan ke arah Kerajaan Perpaduan (UG) atau tidak.

Beliau tidak mahu perkara ini (UG) tenggelam-timbul, sekejap menerima, sekejap menolak, sekejap tenggelam, sekejap timbul. TGNA juga ada mengaitkan Hassan Ali dan Mustafa Ali masih berminat dengan isu UG. Beliau tidak mahu perkara UG ini 'duk ghok-ghak' (macam papan jungkit).

TGNA mahu perwakilan di Muktamar sendiri yang keputusan muktamad agar semua orang boleh terima apa-apa keputusan yang akan diputuskan nanti. Biar segala kecelaruan dan ketidakpuas-hati dapat dileraikan. Biar yang keruh dapat dijernihkan.

Apakah masih adalagi suara-suara sumbang seperti itu daripada mereka berdua? Saya tidak didedahkan perkara-perkara dalaman parti dalam Usrah. Atau mungkin saya kurang membaca.

Saya selaku ahli yang kerdil, apalah saya untuk menegur atau menyanggah pendapat TGNA. Saya beranikan juga diri ini untuk menulis, kerana perasaan yang terlampau menyayangi PAS. Pemimpin datang dan pergi.

Saya amat khuatir PAS berpecah bila terlaksananya Muktamar Khas Luar Biasa nanti. Apakah tiada 'avenue' lain selain daripada Muktamar tersebut? Apakah Mesyuarat AJK PAS Pusat dan Biro Politik sudah ketandusan idea untuk mengatasi kemelut ini?

Walau apapun, saya memohon ampun dan maaf, diri yang kerdil ini berlainan pendapat dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Mungkin apa yang diutarakan oleh Penarikbeca boleh juga direnungkan.

Ditulis Oleh AL-BRANGI
Blog http://al-brangi.blogspot.com/

2 ulasan:

al Nerusi berkata...

Orang yang tak gemar bermesuarat dan muktamar adalah orang yang ada agenda sendiri. Buat keputusan sendiri dan kemudiannya letak keputusan kepada jamaah.
Rekod pertemuan dalam gelap, kerajaan UG, permaafan kepada Hassan Ali semuanya tak pernah dibincangkan sebelum buat. Lepas tu minta syura endorse. Manguk ini sebenanrnya menjatukan syura, mursyidul am dan kepimpinan ulama'.
Dia orang ingat Pas ni Parti sendirian berhad ke?

Nash Ar-Rawy berkata...

Apa gunanya kewujudan Majlis Syura Ulamak sebagai Badan Yang Tertinggi Sekali dalam Gerakan Islam PAS . Keputusan Majlis Syuru itu penting sekali dalam menentukan hala tuju PAS supaya tiada berlaku 'derailment' dan semua pihak ; termasuk Dewan-Dewan dan Jawakankuasa PAS Pusat wajib menerimanya.
Justeru itu biar seorang sahaja yang bercakap akan apa-apa keputusan dasar dan halatuju PAS . Iaitulah TGNA selaku Mursyidul Am . Hormatilah amanah tersebut. wassalaam,... Nash Ar-Rawy;perakexpress