KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar percaya Whistle Blower Act yang akan digubal kerajaan bagi melindungi pemberi maklumat jenayah rasuah daripada diambil tindakan sivil akibat pendedahan yang dilakukan tidak akan dapat membantu mengurangi rasuah.
"Amalan rasuah tidak mungkin dapat diperangi. Tidak ada guna akta ini digubal jika dalam masa yang sama sekarang ini perasuah juga dilindungi kerajaan. Tidak ada makna jika pemberi maklumat dilindungi dan pelindung rasuah juga dilindungi," katanya sewaktu ditemui di lobi Parlimen selepas pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri pada 23 Oktober lalu.
Menyentuh cadangan Skim Persaraan 1Malaysia yang akan diperkenalkan bagi golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, tidak banyak membantu mereka.
Sebaliknya katanya, kerajaan harus memikirkan kaedah bagaimana untuk meningkatkan pendapatan rakyat iaitu 'kuasa membeli yang harus dimiliki oleh rakyat.
"Untuk menyara kehidupan keluarga seharian pun rakyat tidak mampu. Apatah lagi untuk mereka mencarum RM 100 sebulan pun agak sukar. Jika mereka mencarum, pulangan yang akan diterima juga tidak berbaloi.
"Sedangkan dividen yang dikeluarkan KWSP juga tinggi kerana wang tersebut disalah gunakan untuk kepentingan 'bail out' projek-projek yang gagal," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan