KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Oktober 19, 2009

Isa Samad faktor utama BN menang - Kamaruddin Jaffar

KUALA LUMPUR: PAS tidak menafikan faktor Tan Sri Isa Samad sebagai punca kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang, 11 Oktober lalu.

Demikian kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar kepada Harakah. Banyak faktor lain juga memihak kepada BN contohnya seperti undi pos dan faktor politik nasional, ujarnya lagi.

Oleh itu katanya, beliau PAS akan mengadakan satu perbincangan khusus bagi mengkaji laporan daripada Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat bagi memperincikan faktor-faktor dan sebab-sebab keputusan tersebut.

"Maksudnya ada juga faktor lain di situ seperti perkembangan politik negara dan juga pengundi pos di Bagan Pinang," tambahnya.

Kamaruddin menolak dakwaan kononnya kemenangan BN di Bagan Pinang sebagai petanda rakyat mulai memberikan sokongan terhadap komponen itu. Hingga kini, tegasnya, tidak ada satu pernyataan yang khusus bagi mengatakan BN diterima rakyat.

Dalam Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang, 11 Oktober lalu, calon BN, Tan Seri Isa Samad mengalahkan calon PAS, Zulkefli Omar dengan majoriti 5,435 undi. Beliau mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.

Mengulas lanjut, Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, hakikatnya pilihan raya kecil itu agak istimewa tetapi ia tidak semestinya mewakili trend umum rakyat di negara ini.

Beliau turut menolak dakwaan pimpinan Umno yang menyatakan kononnya kemenangan BN di Bagan Pinang sebagai tanda konsep rakyat didahulukan mengenai sasarannya. Sebaliknya, apa yang berlaku BN hanya mengumumkan dasar-dasar dan pengumuman-pengumuman yang lebih berbentuk retorik.

"Sama ada rakyat benar-benar merasai keadaan ekonomi, keadilan atau tidak, itu hanya lebih kepada taburan janji pemimpin BN," katanya.

Namun kata Kamaruddin, rakyat khususnya pengundi mungkin sedikit sebanyak terpengaruh dengan janji-janji itu.

Tiada ulasan: