KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 10, 2009

Dr Lo Lo tak boleh duduk diam meskipun masih kurang sihat

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Ghazali sememangnya tidak boleh duduk diam walau apa pun situasi dialaminya. Beliau tetap ligat biarpun kesihatannya masih kurang sihat selepas menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini, lapor Roy Rasul.

Semangat kental dan juangnya tetap tinggi demi pertahankan PAS. Ini dapat dilihat apabila beliau turut sama berkempen di Bagan Pinang bagi menangkis serangan Umno terhadap PAS pada 7 dan 8 Oktober lalu.

Beliau yang boleh disifatkan sebagai 'the iron lady' ini tidak senang duduk jika tidak berbuat demikian. Lebih-lagi lagi katanya, apabila mendapat tahu serangan yang dilontarkan kepada PAS melibatkan serangan fizikal.

"Saya rasa di sini ada kelainan sedikit kerana kita lihat Umno terlalu ganas sehingga mereka melakukan serangan secara fizikal.

"Mereka bukan saja merobohkan khemah-khemah program kita seperti program yang sepatutnya saya ikuti semalam (7 Oktober) iaitu program 'Hi-tea' di Unit Pusat Pengundi (UPU) Bagan Pinang iaitu di Taman Dato' Abdul Samad, Port Dickson.

"Mereka datang merobohkan khemah-khemah program 'hi-tea' kita. Mereka ramai lebih kurang 50 orang sedangkan pada masa itu program bersama ahli parlimen.

"Kemudiannya mereka membuka khemah itu. Bagaimanapun ahli parlimen kita yang bilangan lebih kurang 20 orang, tidak berlawan kerana tidak mahu menimbulkan kekecohan.

"Lagipun, tentunya akan dimanipulasi media jadi kita berundurlah," ceritanya sambil berkata selepas itu mereka pergi pula berziarah dari rumah ke rumah.

Pada sebelah malam pula dakwanya, selain cuba menghalang muslimat dan pemuda Umno menyerang masuk markas-maskas UPU PAS termasuk bilik Gerakan Induk.

"Saya kira episod ini memang budaya samseng bukan budaya untuk berpilihan raya," tegasnya dengan kesal.

Semasa bercakap mengenai tragedi ke atas anak artis, Norlia Ghani, Edi Rizal Ramli yang mati akibat jatuh dari pangsapuri Murni Titiwangsa, di kawasan parlimennya ketika cuba menangkap pencuri pada 27 September lalu, Dr Lo Lo mengambil langkah segera mnegadakan pertemuan dengan polis.

Pertemuan tersebut katanya, akan diadakan di antara beliau, polis dan wakil persatuan penduduk selepas pilihan raya Bagan Pinang ini.

Selain itu, katanya, beliau turut mencadangkan kepada penghuni di situ supaya mengadakan kawalan keselamatan di pangsapuri berkenaan dengan lebih serius.

"Kalau boleh mereka membuat satu pakatan seperti Rukun Tetangga untuk menjaga keselamatan kerana mereka tidak boleh lagi berharap sepenuhnya kepada polis," ujarnya.

Mengenai aktiviti di kawasannya beliau berkata, satu majlis hari terbuka Parlimen Titiwangsa akan diadakan pada 17 Oktober ini di Dewan Taman Tasik Ampang Hilir, dekat sini, pada jam 2.00 hingga 5.00 petang.

Sehubungan itu, beliau meminta kepada orang ramai yang ingin menyumbang untuk majlis tersebut boleh menyampaikan sumbangan kepada PAS Titiwangsa.

Tiada ulasan: