KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Oktober 19, 2009

Kaji semula kaedah pengundian pos supaya telus - NIEI

KUALA LUMPUR: Bagi memastikan proses pengundian pos tidak lagi dipertikaikan pada masa akan datang, National Institue for Electoral Integrity (NIEI) mencadangkan agar kaedah dan prosedur pengundian pos hendaklah dikaji semula dan diubah supaya ianya telus dan diyakini oleh rakyat.

Dalam satu kenyataannya kepada media, NIEI menegaskan berdasarkan pemerhatian badan itu di luar negara, Thailand dan Filipina yang mengalami konflik ganas, pengundian secara normal digunakan bagi anggota tentera mereka.

Pusat pengundian yang dikendali sepenuhnya oleh SPR, serta hak-hak yang sama bagi agen parti, pemantau tempatan dan pemerhati antrabangsa, dibuka di dalam kem-kem tentera.

Jika terdapat undi pos tentera, ianya akan dikendalikan sepenuhnya oleh SPR negara tersebut. Tidak timbul langsung kontraversi senarai nama pengundi anggota tentera di sana.

NIEI, sebuah badan bebas yang memantau pilihan raya dalam dan luar negara, mencadangkan empat perkara bagi memulihkan pilihan raya di negara ini kerana apa yang ada sekarang amat mencemarkan pilihan raya.

Ini merujuk kepada pilihan raya yang berlaku di Bagan Pinang yang telah tercemar dan sepatutnya telus, bebas dan adil.

Apa yang berlaku terdapat ketidaktelusan dalam pengundian pos, amsih berlaku rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji.

NIEI telah memantau perjalanan pilihan raya kecil (PRK) Bagan Pinang bermula dari hari penamaan calon, 3 Oktober sehinggalah berakhirnya proses pengundian pada 11 Oktober 2009.

Didalam pemantauannya, terdapat dua kaedah yakni stationary monitoring (pemantau ditugaskan untuk tunggu di setiap tempat mengundi) dan mobile monitoring (pemantau bergerak).

NIEI menggunakan kaedah mobile monitoring dimana pemantau-pemantau NIEI bergerak untuk memantau perjalanan pilihan raya di dalam kawasan N 31 bermula dari proses penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi.

Di dalam pemantauan itu, terdapat beberapa perkara yang telah mencemarkan PRK yang seharusnya telus, bebas dan adil.

Terdapat dakwaan bahawa senarai pengundi pos tentera yang diwartakan dan diberikan kepada calon-calon yang bertanding berbeza dari senarai pengundi pos tentera yang dipaparkan pada hari mengundi pos 8 dan 9 Oktober 2009.

Selain daripada itu, terdapat juga dakwaan bahawa terdapat pengundi-pengundi pos yang didaftarkan lebih dari satu kem serta persara-persara tentera masih lagi terdapat dalam daftar pengundi pos.

Yang lebih menyedihkan lagi, SPR langsung tidak mengendahkan syak wasangka ini dan tidak membersihkan nama mereka dan maruah sebagai badan penggendali pilihan raya tidak dipertahankan.

Tiada ulasan: