KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Oktober 19, 2009

Ganesan bohong, beliau bukan Speaker yang sah

IPOH: Dato' R Ganesan a/l Retasam yang mengistiharkan dirinya sebagai Tuan Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri Perak telah bercakap bohong dan beliau tidak layak menjadi Speaker mengikut Peruntukan Perlembagaan Negeri Perak.

Majlis Peguam Malaysia pada 24 Ogos lalu melalui Setiausahanya, George Varughes mengesahkan bahawa Ganesan hanya mengemukakan surat akuan sumpah meletakkan jawatan pada 17 Ogos, tarikh tersebut telahpun melepasi tempoh tiga bulan sebagaimana yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh kerajaan Negeri Perak.

Ketika mendedahkan perkara ini, Ahli Dewan Undangan (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming dalam satu kenyataannya pada sidang media yang diadakan di Pejabat Pakatan Rakyat dekat sini, menegaskan Perkara 36A(5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut bahawa sesiapa yang menjawat jawatan Speaker mesti melucutkan atau meletakkan jawatan profession dalam tempoh tiga bulan dari tarikh memegang jawatan.

Ganesan mendakwa beliau dipilih sebagai Speaker dalam persidangan Dewan pada 7 Mei 2009. Berdasarkan peruntukan undang-undang tersebut, beliau wajib meletakan jawatan pada atau sebelum 7 Ogos lalu, jelas Nga.

Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping memberitahu, dalam rekod rasmi Majlis Peguam Malaysia pada 11 Ogos 2009 menunjukkan Ganesan telah gagal meletakkan jawatan dan masih aktif sebagai pengamal undang-undang.

Dalam masa yang sama, Ganesan pula telah cuba menyembunyikan fakta tersebut dengan menghantar notis kepada Majlis Peguam hanya pada 13 Ogos lalu dan mendakwa telah letak jawatan sebagai peguam 6 Ogos 2009, iaitu sehari sebelum habis tempoh tiga bulan yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

"Persoalannya sekarang, bagaimana seseorang boleh letak jawatan pada 13 Ogos tetapi berkuatkuasa mulai 6 Ogos 2009?" ujarnya.

Selain itu, kata beliau, tatacara perlantikan Ganesan juga tidak sah kerana beliau bukan seorang Ahli Dewan Negeri, dalam masa yang sama dia didapati menceroboh masuk ke dalam bangunan Dewan Negeri pada 7 Mei lalu sebelum DYTM Raja Muda Perak merasmikan persidangan Dewan Negeri pada hari tersebut.

Ganesan telah mengisytiharkan diri sebagai Tuan Yang Dipertua Dewan menggantikan Yang Dipertua Dewan yang sah, iaitu Sivakumar yang ketika itu masih berada di tempat duduk Speaker dalam Dewan, jelasnya.

Menurut Nga, pada hari dan waktu yang sama, Sivakumar selaku Speaker yang sah telah diheret keluar dengan kasar dan biadab oleh segerombolan lelaki yang dipercayai anggota polis, sebahagiannya didapati bersenjata pistol.

Sivakumar diseret keluar dan dikurung dalam stor lebih dari satu jam, pada ketika itulah Ganesan mengisytiharkan dirinya sebagai Speaker Dewan.

"Berdasarkan ini, Ganesan tetap bukan Spesker yang sah dan beliau tidak layak memanggil sidang Dun Perak pada 28 Oktober ini, sekiranya sidang tersebut diadakan juga sidang tersebut juga tidak sah," katanya.

Tiada ulasan: