SAYA tak bercadang nak bantah apa-apa pun yang terkandung dalam luahan hati Tok Guru Mursyidul Am bertajuk "PAS: Keperluan muktamar khas luar biasa?".
Sambil cuba memahami mungkin Tok Guru dah tak tahan lagi mengharung apa yang dirasainya bagai api dalam sekam, yang saya nak kata hanya satu sahaja: Timingnya tak kena.
Oleh kerana Tok Guru faham Bahasa Inggeris, saya yakin Tok Guru tahu apa yang Orang Putih selalu kata, timing is important - kalau pun kita tak nak terima bahawa timing is everything. It is a common belief, Sir!
Ibn Taimiyyah menegaskan: "Memimpin dan menguasai ummat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman; semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan." - (As-Siasah As-Syariah: 172-175)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan