KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 10, 2009

Penyelewengan Isa di Sendayan dan LBJ dibongkar - Peneroka

TELOK KEMANG: PAS merakamkan penghargaan kepada Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan seluruh peneroka Felda Sendayan dan Felda LB Johnson kerana bertungkus lumus mahu calon BN, Tan Sri Isa Samad dihukum dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang disebabkan beberapa dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa Isa dan kroni-kroninya.

"Isu rompak tanah, rasuah, ali baba tanah Felda oleh Isa sewaktu menjadi Menteri Besar selama 22 tahun lalu, sah dilakukan oleh calon BN itu. Yang buat dakwaan berat ini bukannya saya atau PAS atau pemimpin Pakatan Rakyat sendiri.

"Yang buat dakwaan ini adalah mangsa-manga kerakusan rasuah Isa sendiri. Mereka memberi akuan dan testimonial," katanya kepada pemberita ketika mengadakan sidang media harian di Markas Utama Operasi PAS, Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang.

Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato' Johari Abdul dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mencabar Isa menafikan segala dakwaan tersebut sekiranya beliau masih bermaruah dan mempunyai integriti.

Beliau menunjukkan satu geran tanah pantai, yang membuktikan kronisme dalam kalangan kenalan rapat Isa, sah menerima rasuah.

Lebih mengejutkan, Akta Tanah sebenarnya tidak membenarkan mana-mana individu memiliki tanah takrif persisiran pantai yang menjadi milik kerajaan negeri, katanya.

Apakah dengan adanya geran ini, diluluskan pada zaman Isa menjadi Menteri Besar menandakan berlakunya penyelewengan kuasa dalam skala yang begitu besar di peringkat negeri, soal Salahuddin.

Beliau memulangkan kepada para pengundi untuk membuat perhitungan. Dari geran tanah pantai ini, beberapa pendedahan dibuat anntaranya:

i. Lot tanah laut di Bt 3, Jalan Pantai, Telok Kemang antara Astana Hotel dan Corus Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh YB Ismail Taib (Adun Linggi sekarang) Exco Kerajaan Negeri dan Ibrahim Embi.

ii. Lot tanah laut antara Corus Hotel dan Mayang Sari Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh Hashim Ismail (anak buah kepada Tan Sri Isa Samad) dan Zul Ghafar.

iii. Legend Hotel Sea Front dan tanah laut yang dimiliki oleh Hajjah Rohani (Ketua Wanita Umno Bahagian) serta beberapa AJK wanita Umno Bahagian.

iv. Lot tanah Costa Rica Hotel dan laut milik syarikat yang dikuasai oleh Sabri Aini (AJK Umno Bahagian) dan Paiman.

Justeru kata Salahuddin, berdasarkan pendedahan di atas, gelaran yang paling sesuai dengan calon BN ialah 'Isa ikon rasuah'.

Tiada ulasan: