KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 10, 2009

Terdesak, akhirnya Umno jadi samseng di Bagan Pinang - Salahuddin Ayob

BAGAN PINANG: PAS mengutuk tindakan ganas Pemuda Umno yang menyerang Markas Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat dan menetak seorang petugas pemuda PAS di Bagan Pinang lewat malam 7 Oktober lalu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mendedahkan, sebelum itu, beberapa pemuda PAS turut diserang oleh ratusan Pemuda Umno di Taman Dato Hj Abdul Samad petang hari yang sama. Tindakan ganas Pemuda Umno ini mencemar suasana pilihan raya yang sepatutnya berjalan dengan aman.

Ini bukan kali pertama petugas PAS diserang, dakwa beliau. Di Ijok katanya, peristiwa serangan yang serupa berlaku tetapi polis gagal membuat sebarang tangkapan.

Beliau mengimbas kembali, peristiwa pembunuhan Ketua Pemuda PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, Abdul Samad Ghul; pembunuhan Pesuruhjaya PAS Perlis, Haji Tahrim Ali dan serangan 200 Pemuda Umno di Felda Lubuk Merbau pada pilihan raya kawasan itu hingga mengorbankan As-Syahid Osman Talib, hingga kini belum ada jawapan dari pihak polis.

"Polis sememangnya mengetahui Umno mempunyai rangkaian samseng yang ganas tetapi masih berpeluk tubuh bila melihat rakyat yang tidak berdosa diganyang hingga ada yang terkorban," tegasnya.

Bukan sahaja ahli PAS, uajar Ustaz Idris lagi, sesama Umno juga mereka sanggup berbunuhan kerana berebut kuasa. Pembunuhan di Gemenceh, Negeri Sembilan yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Dato' Taha Talib oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan waktu itu, Dato' Mokhtar Hashim kerana berebut jawatan Umno di Bahagian Tampin membuktikan anggota parti itu sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa.

PAS katanya, menuntut agar pihak polis mengambil serius kesemua kes yang telah berlaku ini dan tidak memekakkan telinga atau menutup mata hanya kerana yang menyerang itu dari Pemuda Umno.

"PAS mahu jawapan dan mendesak agar polis membuat siasatan serta tangkapan bagi kes serangan yang telah dilaporkan ini dengan segera.

"PAS juga mendesak agar rakyat Bagan Pinang membuat pilihan yang betul kerana Tan Sri Isa Samad yang menjadi calon BN mempunyai rekod rasuah yang buruk dalam pemilihan Umno," tegas beliau.

Kini, katanya, Isa bertanding di Bagan Pinang dan keadaan menjadi lebih buruk lagi kerana samseng serta kaki pukul digunakan bagi membantu beliau berhadapan dengan calon PAS.

Ustaz Idris berkata, PAS tidak mahu kes pembunuhan di Gemenceh berulang semula, barulah polis dan pengundi membuka mata. Cukuplah apa yang berlaku hari ini menjadi jawapan kepada pengundi untuk membuat perubahan.

Tiada ulasan: