TELOK KEMANG: Pelbagai pelanggaran Akta Pilihan Raya dan tindakan ganas petugas Umno/BN ke atas penyokong Pakatan Rakyat hanya menjadikan pilihan raya kecil kali ini antara terkotor dalam selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Demikian dakwaan Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar ketika ditemui di Markas Operasi Utama PAS bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang dekat sini.
Sambil menyatakan rasa terkejut dengan insiden penyokong Umno memukul petugas PAS, Kamarudin yang juga AJK PAS Pusat berkata, perkara ini tidak sepatutnya terjadi kerana jumlah kehadiran polis yang mengawal keselamatan mencukupi.
Jika sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sering memberi jaminan keselamatan petugas, orang awam dan petugas lain diberi keutamaan semasa kempen pilihan raya kecil mahupun umum, tetapi kali ini suara Ketua Polis itu tidak kedengaran, katanya.
Katanya, polis gagal dan Umno perlihatkan kegelisahan dan ketakutan mereka berdepan dengan Pakatan Rakyat dengan tindakan yang sangat tidak demokratik.
Justeru beliau melihat peristiwa ini sebagai satu pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa usaha Pakatan Rakyat mewujudkan suasana demokrasi masih dihalang Umno/BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan