KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 24, 2009

Tengku Razaleigh dakwa akhbar berbohong untuk matikan perjuangannya

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh (Ku Li)Hamzah menyifatkan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebagai berbohong apabila melaporkan dia sudah serik bertanding jawatan Presiden Umno.

Ku Li melalui Twitternya berkata, akhbar berkenaan memusingkan cerita dan berbohong kononnya beliau sudah tua dan sudah serik untuk bertanding lagi.

"Apakah ini harapan mereka! Inilah contoh media hari ini," kata beliau dalam twitternya.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan berita bertajuk "Ku Li yang semakin tua serik untuk bertanding jawatan utama Umno".

Ia melaporkan, selepas tiga dekad berusaha untuk merebut jawatan Presiden Umno, akhirnya Tengku Razaleigh Hamzah telah serik untuk bertanding lagi.

"Saya sudah terlalu tua. Terlalu tua," kata Razaleigh sebagaimana yang dipetik oleh akhbar berkenaan ketika ditemui di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"Saya fikir, sudah sampai masanya untuk memberi peluang kepada orang muda," katanya seperti yang dilaporkan.

Sejak sekian lama, Tengku Razaleigh Hamzah, 72, berusaha cuba merebut jawatan Presiden Umno sejak kalah kepada Tun Dr Mahathir dengan 43 undi sahaja pada tahun 1987 lalu.

Ekoran itu, beliau menubuhkan parti baru Semangat 46 dan bekerjasama dengan PAS dan beberapa parti lain membentuk Angkatan Perpaduan Ummah. Beliau kemudiannya menyertai Umno semula.

Kali terakhir, beliau cuba merebut jawatan presiden Umno pada tahun 2008, namun tidak cukup koata pencalonan kerana hanya mendapat satu pencalonan sahaja iaitu dari bahagiannya, Gua Musang.

Dalam laporannya akhbar tersebut, akhbar berkenaan juga melaporkan, Razaleigh tidak menolak kemungkinan akan menyertai parti lain jika Umno tidak benar-benar berubah.

Tiada ulasan: