KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Oktober 19, 2009

Tubuh Suruhanjaya Diraja kaji peraturan pilihan raya

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Ustaz Dato' Abu Bakar Chik mencadangkan agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengkaji keseluruhan peraturan pilihan raya bagi mewujudkan berlaku keadilan dalam proses pilihan raya.

Cadangan tersebut dikemukakan kerana SPR sebagai sebuah suruhanjaya dilihat tidak mampu menguruskan sebuah pilihan raya secara bebas, telus dan adil.

Ustaz Abu Bakar mengharapkan agar dengan adanya Suruhanjaya Diraja, SPR dapat menggunakan seluruh kemampuannya agar bertindak adil dalam melaksanakan tanggung jawabnya.

Beliau juga menegaskan pimpinan PAS telah cuba menjalinkan hubungan yang terbaik dengan SPR ke arah satu pilihan raya yang bersih dan adil. Bagaimanapun katanya, banyak cadangan yang dikemukakan PAS tidak diambil kira oleh SPR.

"Kita tahu SPR ini ada yang bahagian mereka berkuasa dan ada bahagian yang mereka tidak berkuasa. Daripada segi meminda undang-undang memang SPR tidak berkuasa. Manakala dari segi pentadbiran, SPR boleh menguruskan perkara-perkar tertentu.

"Kita telah sekian lama menghadapi masalah berkaitan undi pos. Apa yang kita mahu undi pos ini dalam kategori tentera dan polis, ia berjalan seperti biasa supaya polling dan counting agent dapat berada di tempat mengundi dan membilang undi. Dan kita hanya mahu seorang sahaja polling agent berada di situ tetapi tidak dibenarkan," tegas beliau.

Beliau juga melahirkan kekesalan kerana SPR tidak bertindak segera dalam isu pertindihan undi serta pembersihan nama pemilih yang telah meninggalkan dunia.

Tiada ulasan: