KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 10, 2009

Khir Toyo seronok digelar "Tukang Sorak", penakut hadapi Selcat

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor terkejut dengan telatah bekas Menteri Besar negeri itu, Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang begitu gembira dan selesa dengan gelaran "Tukang Sorak" yang diberikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Ketua Pemudanya, Ahmad Zaidy Abdul Mutalib Khir Toyo dan Adun BN sekali lagi dilihat tidak ikhlas dalam menegur Kerajaan Pakatan Rakyat dan berkhidmat untuk kepentingan rakyat dengan menolak mentah-mentah dan menganggap sebagai membuang masa untuk hadir dan memberi pendapat dalam mesyuarat tertutup berkaitan Selcat yang diadakan baru-baru ini.

Terdahulu, Khalid menyifatkan Khir Toyo yang sibuk mengulas isu-isu pentadbiran kerajaan negeri termasuk Selcat, pada masa yang sama mnejadi pengecut untuk hadir ke pendengaran awam Selcat bila beliau diminta berbuat demikian.

Mengulas lanjut, Ahmad Zaidy berkata, Khir Toyo sebenarnya tidak layak untuk mempersoalkan Selcat dan sewajarnya berasa malu dengan skandal Balkis yang berjaya dibongkarkan dalam sesi pendengaran awam Selcat baru-baru.

"Ini membuktikan betapa jahatnya Umno dibawah pimpinan Khir Toyo bersama konco-konconya dalam menggunakan wang rakyat ini. Bukan puluhan dan ratusan malah jutaan ringgit menjadi permainan Umno.

"Terdapat lagi beberapa isu dan kejahatan Umno yang seolah-olah dilupai oleh Khir Toyo seperti aduan-aduan rasuah semasa pemerintahan beliau termasuk isu rumah agam kediaman Khir Toyo di Shah Alam," tegasnya.

Pemuda PAS Selangor optimis dengan apa yang dijalankan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertangungjawaba dan Ketelusan Selangor (Selcat) kerana ianya menunjukkan bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersama parti-parti komponennya benar-benar bersungguh mahu membenteras penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat termasuk penyelewengan peruntukan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari Januari hingga Mac bagi 2008 dan 2009 yang berjumlah RM500,000 setiap Dun dihabiskan semasa dibawah pemerintahan Umno yang lepas.

Kata Ahmad Zaidy, apa yang berlaku juga menunjukkan sikap keterbukaan dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di mana parti komponen berhak menegur dan berlapang dada menerima teguran ke arah menambahbaik sistem pentadbiran kerajaan negeri.

Tiada ulasan: