KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Oktober 19, 2009

52 tahun merdeka: Beras percuma bukti BN gagal basmi kemiskinan

KUALA LUMPUR: Pemberian beras percuma setiap bulan kepada golongan miskin sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Noh Omar membuktikan kegagalan Barisan Nasional (BN) dalam membasmi kemiskinan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan pemberian beras percuma ini tidak akan menyelesaikan masalah kemiskinan kerana rakyat miskin tidak diberi peluang agar dapat keluar dari belenggu kemiskinan.

Kata beliau lagi, apa yang dilakukan oleh BN ini hanyalah semata-mata untuk menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat.

"Apa yang wajib dilakukan bukan bagi beras kerana ia (beras) akan habis sebaliknya bukakan peluang agar mereka tidak hidup miskin dan berdikari. Kalau hanya beri beras ia tidak membantu golongan miskin ini untuk mengubah kehidupan kerana mereka ini mahu kerajaan menyediakan peluang untuk mereka berdikari seterusnya dapat mengubah kehidupan mereka.

"Rakyat tidak mengharapkan kerajaan melihat sesuatu perkara itu boleh diselesaikan dengan cara mudah tetapi mereka (rakyat) mahu kerajaan melihat sesuatu perkara dalam jangka panjang," tegas beliau.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga menegaskan pemberian beras percuma yang diumumkan oleh BN ini merupakan satu projek dimana orang miskin terus miskin dan terus bergantung kepada kerajaan.

Katanya lagi, apabila orang miskin ramai mereka akan bergantung pada BN dan empat tahun sekali diberi sedekah dan disuruh mengundi.

"Inilah taktik BN agar rakyat atau pengundi bergantung harap kepada BN," kata beliau.

Justeru beliau berharap agar rakyat tidak mudah terpedaya dengan taktik BN yang mahu mengaburi mata rakyat dengan projek untuk terus membuatkan mereka tidak berdikari kerana disebalik projek ini akan ada pihak akan mengaut keuntungan dan menambah kekayaan.

Pada 12 Oktober lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Noh Omar mengumumkan kerajaan BN akan melancarkan Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR).

Menerusi program ini, kerajaan akan mengedarkan kupon beras percuma kepada 200,000 keluarga miskin di seluruh negara hujung tahun ini

Tiada ulasan: