KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 10, 2009

Isu sebab Kartika: TERAS minta JAG disiasat bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Jaringan Muafakat Pertubuhan-pertubuhan Islam Perak (Jamaiy) mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat Kumpulan Bertindak Persamaan Gender (JAG) disiasat di bawah Akta Hasutan.

Desakan tersebut dibuat berikutan tindakan JAG yang diketuai Sisters In Islam (SIS) menghantar memorandum kepada kerajaan berhubung hukuman sebat yang dikenakan terhadap model Indonesia, sebelum ini.

Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata pihak berkuasa perlu menyiasat tindakan JAG itu memandangkan kumpulan tersebut mendakwa hukuman yang dikenakan ke atas Kartika itu adalah kejam dan tidak bermaruah.

"Tindakan kumpulan itu jelas merupakan satu penghinaan kepada agama Islam, selain mencabar kuasa mahkamah syariah dan Raja-Raja Melayu. Malah, ia juga dilihat sebagai satu hasutan kerana menyentuh sensitiviti agama Islam," tegas beliau kepada Harakah.

Menurut beliau, sebagai sebuah NGO Islam, tindakan JAG itu tidak boleh diterima sama sekali memandangkan ia adalah penghinaan terhadap undang-undang Islam, kerana ia sudah di peringkat menolak hukum syariat sebagai satu hukum yang sah dan termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Sehubungan itu, Azmi bersama hampir 10 orang ahli Teras dan Jamaiy bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Ipoh, 2 Oktober lalu bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat tindakan kumpulan tersebut.

Tiada ulasan: