KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Oktober 09, 2009

Tinggalkan BN, kapalnya nak tenggelam seru Ustaz Idris Ahmad

MENCARI calon Umno yang bersih dari segi moral dan rasuah begitu sukar, buktinya ketika Umno hendak memilih calon di Bagan Pinang dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung pada 11hb Oktober 2009 ini.

Pihak Umno terpaksa memilih Tan Seri Isa Samad kerana inilah calon yang paling terbaik dalam Umno untuk menjadi calon walaupun beliau disabitkan bersalah oleh Lembaga Tatatertib Umno.
Beliau telah dilucutkan jawatan Menteri dan Naib Presideen Umno. Kita boleh bayangkan kalau Tan Seri Isa inilah yang paling terbaik, bagaimana pula tahap moral orang lain dalam umno.

Mereka yang menentang Tan Seri Isa sebagai calon bukan kerana jijiknya beliau yang yang terlibat dalam rasuah, tetapi mereka takut kepada bayang Tan Seri Isa untuk berkuasa semula di Negeri Sembilan.

Kedua mereka takut Pakatan Rakyat akan menjadikan isu skandal rasuah sebagai modal kempen. Manakala pengikut akar umbi pula mahu Tan Seri Isa kerana sudah lama makan air tangan beliau di kawasan tersebut.

Maklumlah sudah 22 tahun menjadi Menteri Besar, sama lama macam Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Bagaimana hendak mencari calon yang bersih dalam Umno? Seperti pepatah menyatakan air di hilir keroh kerana air di hulu tidak jernih. Benih yang tidak elok akan menghasilkan pokok yang tidak elok. Acuan apam balik tidak boleh mengeluarkan kuih pau.

Begitulah juga Umno tidak boleh melahirkan pemimpin yanmg baik kerana asal acuan yang tidak baik.

Sebab itu penyokong Tan Seri Isa berhujah, mana ada calon yang bersih. Mereka mendakwa kebetulan Tan Seri Isa ditangkap dan dijatuhkan tindakan disiplin. Mereka juga berang kenapa Dato’ Seri Ali Rostam dituduh terlibat dengan rasuah, masih dilantik Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Perhubungan Umno Melaka.

Khairi Jamaludin yang dituduh terlibat dengan rasuah boleh bertanding Ketua Pemuda Umno Malaysia dan menang. Inilah undang-undang rimba dalam Umno. Bukan sahaja berlaku pendakwaan terpilih di negara ini, malahan dalam Umno pun juga berlaku pendakwaan terpilih. Inilah peraturan Pak Pandir.

Orang Umno ketawa apabila komen Tun Dr Mahathir mengatakan Tan Seri Isa tidak layak kerana terlibat dengan rasuah. Sedangkan semua orang tahu bahawa rasuah politik dalam Umno rancak di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir selama 22 tahun.
Sebelum beliau, perwakilan terdiri dari kalangan guru-guru Melayu yang mempunyai jiwa nasionalis dan menghayati perjuangan Umno. Mereka menyertai Umno bukan bertujuan untuk mengumpul kekayaan.

Mereka bersama dengan Umno menghabiskan harta demi kelangsungan perjuangan. Mereka begitu lantang mengkritik pemimpin tertinggi Umno yang tidak memperdulikan nasib rakyat yang masih tertinggal di luar bandar.

Sekarang, menjadi pemimpin Umno untuk menggali telaga emas hasil daripada jawatan dalam parti. Rakyat makan kuah basi pemimpin makan isi. Zaman Tun Dr. Mahathir jadi Presiden Umno beliau pernah hendak berubat penyakit rasuah politik dalam Umno dengan berbagai cara, tetapi semua tidak menjadi.

Tun pernah menasihati, menangis, berdoa untuk ubat penyakit rasuah politik dalam Umno, semua tidak menjadi. Macam mana pengikut hendak ikut kalau nakhoda kapal pun bercakap tidak serupa bikin!

Rakyat bertambah pening dengan sistem yang berlaku dalam negara ini berkenaan dengan istilah rasuah. Rupanya ada dua takrif rasuah dalam negara ini. Rasuah salah apabila berlaku dalam Umno tetapi tidak menjadi kesalahan pula apabila rasuah kepada pengundi setiap kali pilihan raya umum dan pilihan raya kecil dilangsungkan dalam negara ini.

Sebab itu sukar untuk mencari calon yang bersih dalam Umno. Mana ada pemimpin Umno hendak naik (jadi pemimpin) dengan air liur sahaja? Mana ada calon Umno naik dengan karisma? Semuanya terpaksa menggunakan ongkos.

Sebab pemimpin Umno tidak layak berbicara mengenai rasuah, kerana mereka adalah parti yang hidup selagi ada rasuah. Politik rasuah dalam umno dah terang lagi bersuluh.

Rasuah dalam Umno macam isi dengan kuku. Rasuah dalam Umno sudah mencapai barah tahap 4. Ayuh ramai-ramai pengundi Bagan Pinang mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat. Tinggalkan Umno-BN kerana kapalnya sudah hendak tenggelam!

Ditulis Oleh USTAZ IDRIS AHMAD
Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat

Tiada ulasan: