KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 10, 2009

Demontrasi bantah pembunuhan Altantuya sambut Najib di Paris

KUALA LUMPUR: Kehadiran Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ke Paris bersempena Mesyuarat United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (Unesco) disambut dengan demontrasi membantah pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Menurut Pengarah Strategik KeADILan, Tian Chua yang turut berada di Paris, isu pembunuhan Altantuya masih menjadi isu hangat bagi media-media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi manusia di Peranchis.

Beliau berkata, kehadiran Najib tidak mendapat sambutan hangat di kalangan pemimpin Perancis dan ketibaan beliau di lapangan terbang hanya disambut oleh Menteri Luar Malaysia, Dato' Hanifah Aman bukan Presiden atau Perdana Menteri, negara itu.

"Najib hanya hadir ke Mesyuarat Unesco selama 20 minit dan ini menimbulkan tandanya kenapa beliau begitu tergesa-gesa mahu meninggalkan Paris. Selain itu, beliau (Najib) juga hanya mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden dan Perdana Menteri Perancis sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

"Najib seolah-olah tidak mempunyai jadual rasmi untuk bertemu mana-mana pemimpin ketika di Paris biarpun lawatan beliau ini merupakan lawatan rasmi," jelas Tian Chua yang masih berada di Paris ketika dihubungi Harakah.

Beliau ke Paris bersama Bendahari KeADILan, William Leong mewakili Pakatan Rakyat untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa NGO negara itu dan menjelaskan mengenai beberapa isu yang berlaku di Malasyia.

Selama seminggu berada di Paris, Tian telah dihujani dengan pelbagai soalan oleh media Perancis.

"Media di Perancis bertanya saya, apakah manfaat lawatan rombongan Najib Razak kepada pentabiran Sarkozy? Dan apa baiknya lawatan ini kepada rakyat Perancis? Tidak ada sesiapa dari rombongan Najib yang berani menjawab pertanyaan media Perancis itu. Semua membisu.

"Apa yang cukup jelas lawatan Najib Razak ini telah menimbulkan kembali keinginan media Perancis untuk membuka kembali kes pembunuhan Altantuya dan soal jual
beli kapal selam," jelas beliau.

Tian Chua berkata, kesemua ahli parlimen Peranchis yang ditemuinya cukup berminat untuk mengetahui dengan panjang lebar kes jual beli kapal selam dan pembunuhan Altantuya.

Pada 6 Oktober lalu, Kesatuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (FIDH) telah menjemput Dr. Shaaribu Setev, bapa Altantuya untuk datang ke Paris dan membuat laporan polis terhadap pembunuhan anak beliau.

Bagaimanapun, Dr Sharibu tidak dapat hadir ke Paris kerana mengalami masalah kesihatan dan tidak mendapat visa.

FIDH merupakan sebuah badan hak asasi manusia antarabangsa yang telah banyak berjuang mempertahankan hak asasi manusia melalui seorang peguam terkemuka bernama William Bourdon.

William memiliki Master of Private Law dan mendapat ijazah awal dari Institut d'Etudes Politiques de Paris. Beliau juga adalah peguam untuk Transparency International.

William Bourdon telah memperjuangkan 80 kes hak asasi manusia yang besar hingga menjadi rujukan guaman di Perancis hingga ke hari ini. Antaranya beliau mempertahan hak asasi warga China yang lari dari tanah Besar China, SOS Racisme, Pembunuhan Genocide di Rwanda.

Beliau juga adalah peguam untuk Mujahideen AL-Khalaq di Paris dan untuk warga Chile yang telah di zalami oleh Agusto Pinochet.

Pada tahun 2000 William Bourdon bagi pihak FIDH telah memulakan kes untuk menyaman Hissene Habre, Presiden Chad kerana jenayah terdahap kemanusiaan.

Tiada ulasan: