KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 10, 2009

Pengetua Kolej Ungku Omar jadi buah mulut ekoran hukuman terhadap siswi berusrah

KUALA LUMPUR: Di sebalik isu tangkapan tujuh siswi Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengadakan usrah di kolej tersebut 14 Ogos lalu, timbul desas-desus mengenai tindak-tanduk pengetua kolej berkenaan, Prof Madya Mejar Dr Samsu Adabi yang semakin menjadi perhatian dan buah mulut di kampus berkenaan.

Dr Samsu dikatakan cuba untuk menimbulkan isu ini lantaran pertikaian penganugerahan jawatan profesor madya yang diperolehinya melalui 'short-cut', lapor Intan Abdullah.

Selain itu, Dr Samsu cukup kenali sebagai seorang juga sering mengadakan serbuan dan 'sport-check' di asrama dan gemar mendenda mahasiswa pada jam 3.30 pagi.

Menurut sumber, Dr Samsu antara yang aktif menegaskan agar mahasiswa yang ingin tinggal di kolej berkenaan perlu menyokong kumpulan Pro-Aspirasi dan tidak cenderung kepada kumpulan pembangkang pada sesi temuduga.

Sementara itu, beberapa pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dilaporkan turun ke Kolej Ungku Omar UKM bagi menyiasat kes tangkapan tujuh siswi tersebut.

Pegawai polis terbabit bertemu dengan pengetua kolej yang dilaporkan sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas tangkapan itu.

Sebelum ini, Harakah melaporkan kira-kira tujuh siswi tahun dua dan tiga Fakulti Pengajian Islam ditangkap ketika mengadakan usrah di surau kolej berkenaan.

Pihak kolej tersebut dikatakan telah lama memerhatikan gerak-geri program usrah berkenaan sehingga pada 14 Ogos lalu pihak felo kolej bertindak menangkap mereka ketika kaum muslimin sedang menunaikan solat fardhu Jumaat.

Mereka yang ditahan mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan surau tanpa kebenaran. Kebanyakan mereka adalah merupakan penghuni kolej tersebut diminta membayar denda RM1,400 tetapi dikurangkan selepas permohonan rayuan diterima dengan bayaran RM350.

Tiada ulasan: