KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Oktober 09, 2009

Gerakan Umno perangi rasuah hanya omong kosong semata

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff mempersoalkan niat sebenar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam isu rasuah dan gerakan Umno memeranginya selama ini dianggap omongan kosong semat-mata.

Ekoran pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang yang sudah disahkan terpalit dengan gejala rasuah, sekalipun telah menjalani hukuman cara Umno, namun hakikatnya Isa bukanlah seorang yang bersih lagi.

"Mengapa Najib masih mahu menonjolkan Isa yang rasuah kepada pengundi Bagan Pinang? Sedangkan, rakyat tidak mahu pemimpin yang rasuah. Bagaimana maruah anggota keselamatan di kawasan ini yang jelas menentang gejala rasuah?" soal Zailah lagi.

Pada hal katanya, tema yang dilaungkan, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

"Di mana nilai prestasi yang hendak diutamakan BN hari ini sekiranya, orang yang pernah terlibat dengan rasuah itu masih di angkat dan dijulang," bidasnya.

Lembaga Disiplin Umno sebelum ini menggantung keahlian Mohd Isa bermula 24 Jun 2005 sehingga 23 Jun 2008 kerana terbabit dengan amalan politik wang pada Perhimpunan Agung Umno 2004 selepas memenangi jawatan Naib Presiden.

Zailah berkata, pemilihan Isa menunjukkan BN tidak ada calon muka baru yang berwibawa sebaliknya seolah-oleh mengguna 'surat khabar lama'.

Keputusan tersebut katanya menunjukkan BN bukan sahaja menghadapi krisis keyakinan daripada rakyat bahkan menghadapi krisis kepimpinannya sendiri.

Pilihan Raya Kecil bagi Dun Bagan Pinang diadakan selepas adunnya dari BN kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor, 54 pada awal September lalu akibat jangkitan dalam darah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada Sabtu ini dengan pengundian pada 11 Oktober.

Justeru itu Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, menyeru semua pengundi Bagan Pinang membuka mata untuk melakukan perubahan dengan beraninya memilih PAS dan Pakatan Rakyat.

Tambahan pula ujarnya, hampir semua bandar-bandar di negara ini memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lepas,

"Jadi saya rasa takkanlah orang Bagan Pinang yang bijak dan berakal dapat menilai mana satu yang baik dan mana yang buruk."

Beliau berkata Pakatan Rakyat tidak mengutamakan kepentingan parti-parti tertentu tetapi yang sekali kepentingan untuk rakyat.

Zailah yang sudah berkampung di Bagan Pinang sejak beberapa hari lepas berkata, Muslimat PAS bergerak aktif untuk menarik pengundi menyokong calon PAS, Zulkefli Mohamad Omar.

Menurutnya, penduduk setempat menyambut mereka dengan baik sekali dan kerjasama yang diberikan itu menunjukkan mereka tidak mahu lagi kepada BN. Apa lagi katanya dengan pelbagai isu yang hangat diperkatakan sekarang seperti Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dan sebagainya melibatkan pemimpin BN.

Malah katanya, taraf ekonomi di Bagan Pinang masih ramai yang berada di bawah tahap kemiskinan biarpun ia kawasan BN.

Tiada ulasan: