KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 10, 2009

Tok Guru Nik Aziz, Anwar kempen habis-habisan di Bagan Pinang

TELOK KEMANG: Seperti yang dijangka, penduduk di Bagan Pinang khasnya, dan penyokong Pakatan Rakyat amnya menanti-nantikan kehadiran dan gabungan tenaga antara Mursyidul Am PAS dan Ketua Umum KeADILan berkempen di Bagan Pinang.

Jadual kempen dua 'figur' utama Pakatan Rakyat ini, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Anwar Ibrahim menghiasi kempen bermula Jumaat, 9 Oktober.

Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama seluruh jentera Pakatan Rakyat untuk membantu calon PAS, Zulkifly Mohamad Omar.

Kehadiran Tok Guru Nik Aziz dan Anwar ini bukan sahaja dinanti-nantikan oleh penduduk Telok Kemang amnya dan pengundi Bagan Pinang, tetapi juga oleh calon Umno-BN sendiri, serta para penyokong mereka.

Seperti kata Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan, Dato' Kamarul Baharin Abbas, memang mereka tak mengaku terang-terangan bahawa lutut mereka longgar apabila mendengar nama Anwar dan Tok Guru.

"Di media mereka, bukan main lagi angkuhnya konon tak sedikitpun gentar. Kenyataannya di bawah, papan iklan kempen terpampang begitu besar dengan grafik imej Anwar dengan tulisan "dalang".

"Secara tidak langsung, mereka mengakui Anwar adalah faktor yang tak dapat dinafikan," katanya lagi.

Beliau juga menyatakan apapun yang berlaku, pilihan raya kecil di Bagan Pinang tidak akan mengubah status quo kerajaan negeri, tetapi sebagai isyarat jelas rakyat menolak Isa Samad sebagai "calon kitar semula" dan tidak boleh menerima Najib Tun Razak sebagai seorang Perdana Menteri yang tercalit dengan pelbagai tuduhan yang cemar.

Tiada ulasan: