KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mei 07, 2009

Kini 2 Speaker, dulu 2 MB - Rakyat tuntut Dun Perak dibubar segera!





PERAK terus mencatat sejarah dalam arena politik negara apabila persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pagi ini kecoh ekoran pertembungan dua pihak - BN dan Pakatan Rakyat - pagi ini, ulas Malaysiakini terhadap isu panas di Ipoh pagi hari ini.

Persidangan ini menyaksikan kehadiran dua menteri besar - Datuk Seri Zambry Abd kadir dari BN dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dari Pakatan - dan dua set exco - juga dari BN dan Pakatan.

Kekecohan pagi ini menyebabkan istiadat perasmian oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah tidak dapat dimulakan, dengan baginda menunggu di Kamar Diraja. Mohd Nizar serta bekas exco Pakatan duduk di kerusi menteri besar dan exco manakala Zambry serta exco barunya berada di sebelah tempat pembangkang.

Speaker V Sivakumar mengarahkan Zambry dan enam exco serta tiga ADUN bebas keluar dari dewan. Jika tidak, beliau enggan memulakan sidang DUN. Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas. Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.

Pada jam 10.35 pagi, ADUN kedua belah pihak terus bertegang leher. Zambry cuba membawa usul menggantikan Speaker tetapi ditolak.

Pada kira-kira jam 11.01 pagi, ADUN BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan menteri besar mereka Zambry. Mikrofon Speaker dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi.

Hee kemudiannya mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau Sivakumar daripada kerusi Speaker. Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.

Kemudian Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru. Dengan cepat Ganesan datang dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN.

Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit "Speaker (Ganesan) ini haram", "selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram" dan "Perak ada Speaker haram."

Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi. Sivakumar kemudian bangun semula dan mengumumkan - tanpa mikrofon - semua usul yang dibawa sebentar tadi ditolak oleh beliau sebagai Speaker.

Pada kira-kira jam 11.13 pagi, Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan. Sidang ditangguhkan selama sejam.

Pada kira-kira jam 11.22 pagi, Sivakumar, speaker Pakatan, memulakan semula persidangan DUN walaupun Ganesan, speaker BN, menangguhkannya sebentar tadi.

Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh ADUN BN termasuk menteri besar mereka Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.

Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut. Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi.

Wakil-wakil rakyat Pakatan berkumpul di sekeliling menteri besar mereka Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka tindakan selanjutnya. Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak tidak sehangat tadi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cepatlah BN jatuh, supaya Al Juburi dan kuncu kuncunya naik menjadi pemerintah.

Nak sangat aku melihat melayu yang tak sedar diri merasa hidup macam pelarian Palestine dan Bosnia Herzegovina.

Aku pun dah puas hati dengan apa yang aku dapat selama umno memerintah sehingga aku sudah mampu untuk berpindah ke Australia bersama seluruh keluarga dan mertua aku.

Melayu tidak akan sedar selagi mereka sendiri tidak merasa keperitannya.

Terpaksalah aku merasa hujan emas di negeri orang kerana bangsa ku memilih hujan batu di negaranya sendiri !!!

Semoga Allah memudahkan jalan bagi al juburi kembali ke Sungai Buloh.