KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mei 12, 2009

Nizar mahu mandar di beri semula kepada rakyat, Zamry pula mahu memanjangkan "kucar-kacir " politik Perak



TIDAK sampai 24 jam selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan status memihak kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam, krisis politik Perak yang dilihat belum menemui jalan penyelesaian, memasuki bab baru tengah hari tadi, lapor G Manimaran untuk mSTAR.Online.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional (BN) berjaya dalam usahanya untuk menangguhkan keputusan semalam sehingga Mahkamah Rayuan mendengar rayuannya kelak. Zambry dilantik menerajui kerajaan negeri Perak pada 5 Februari lalu menggantikan Nizar dari Pakatan Rakyat.

Ekoran keputusan semalam, Zambry berkata, beliau mengosongkan Pejabat Menteri Besar dan tidak hadir majlis kurnia pingat di Istana Iskandariah pagi tadi sebagai tanda hormat keputusan semalam.

Sambil menegaskan mahu menjalankan tugas Menteri Besar seperti biasa mulai hari ini dan memasuki pejabat pagi esok, Zambry memberitahu, "dalam kes ini bukan saya yang saman Nizar, Nizar yang mempertikaikan status saya."

Beliau memberi gambaran statusnya masih sahih kerana dilantik Sultan.

Sejam selepas sidang media itu, Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat pula mengadakan sidang media di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan bangunan SUK. Antara lain Nizar memberitahu, perkembangan hari ini "menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan."

Ringkasnya kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ini, "mereka memanjangkan" kes ini dengan merujuk ke Mahkamah Rayuan. Beliau juga memperkatakan ingin mencari penyelesaian muktamad di peringkat menerusi mandat rakyat.

Tegas beliau, krisis politik negeri ini tidak boleh diselesaikan dengan menggunakan mahkamah semata-mata. Katanya, parti-parti politik negeri ini perlu kembali kepada rakyat untuk memberikan mandat dengan pembubaran - salah satu yang digerakkan oleh Pakatan.

"Kami mohon menghadap Sultan Perak pagi tadi dan seterusnya akan memohon pembubaran DUN," katanya lagi. Hari ini Exco Pakatan Rakyat dalam tempoh tiga jam pertama meneliti, mempertimbang dan meluluskan 10 perkara.

Ia termasuklah sesi angkat sumpah melibatkan 14 pihak berkuasa tempatan yang mahu diadakan esok, pelantikan ketua kampung dan menurunkan bayaran parkir dari 40 sen kepada 30 sen sejam.

Ia diumumkan oleh Exco Kanan Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ngeh Khoo Ham. Pun begitu ketika ditemui selepas sidang media Nizar petang tadi, Ngeh berkata, "tiada kerajaan efektif di Perak sekarang."

"Kami mempunyai status yang sah sebagai kerajaan tetapi dihalang (rayuan) daripada dilaksanakan dan mereka (BN) bukan kerajaan sah," katanya.

Ketika ditanya sama ada tiada kerajaan negeri langsung yang efektif, "ya, tiada kerajaan efektif."

Beliau senada dengan Nizar sambil mengatakan bahawa Sultan Perak mempunyai peranan dalam mencari penyelesaian.

"Ini peranan (Tuanku) dalam persekitaran sekarang," katanya.

Terdahulu, Zambry bertegas akan menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak seperti biasa mulai hari ini manakala Nizar yang kembali ke jawatan itu selepas 96 hari 'berehat' mengosongkan pejabatnya petang ini. Nizar dan barisan Exconya seramai tujuh keluar dari bangunan SUK pukul 2.30 petang sebagai tanda menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tengah hari tadi.

"Kami telah mengambil keputusan untuk keluar pukul 2.30 petang tadi dan kami hormati keputusan Mahkamah Rayuan walaupun belum lagi melihat kandungan keputusan lagi. Kami tidak mahu nanti ada pihak keluarkan notis minta kami kosongkan pejabat dan tinggalkan bangunan SUK," kata beliau pada sidang media pukul 3.30 petang tadi. Nizar diisytiharkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai Menteri Besar yang sah.

Selaku Menteri Besar beliau telah mempengerusikan mesyuarat Exco malam tadi yang memutuskan untuk menggantung tugas Penasihat Undang-undang dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Malah pagi tadi beliau mengemukakan permohonan untuk menghadap Pemangku Raja Raja Nazrin Sultan Azlan Shah selain menghadiri majlis istiadat kurnia pangkat selaku Menteri Besar. Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk mengadakan mesyuarat Exconya pagi esok. Tetapi ia telah dibatalkan petang ini.

Pukul 1.20 tengah hari tadi Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan yang membolehkan Zambry kekal sebagai Menteri Besar sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali membenarkan permohonan Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu. Ramly juga berkata, mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

Kata Ramly, beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.

BN mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari lalu berada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 pada 5 Februari lalu.

2 ulasan:

FIKIR2 KAN LAH berkata...

APASALAH GENG PR NI DOK KALUT NAK BUBARKAN DUN.

PERLEMBAGAAN PERAK....

KUASA YANG ADA PADA SULTAN BOLEH DIKATAKAN 3 PERINGKAT..

1. SAPA ADA MAJORITI DIA JADI KERAJAAN. SO, KALAU PAKATAN BOLEH DAPATKAN BALIK MAJORITI ADUN YG MEMIHAK KEPADA MEREKA ESOK, AKU SURE SULTAN PUN TAKKAN NAK BAGI BN MEMERINTAH PULAK. MAU HURU-HARA LAGI TERUK PERAK TU...
P/S... JANGAN KITA TUDUH ORG YANG MELOMPAT TU TAK BERSIH / SEPERTI MENERIMA RASUAH KALAU SEKADAR DGR2 ATAU BACA DARI BLOG TANPA PERTIMBANGAN, KALAU DULU ANWAR IBRAHIM JADI MELOMPAT "KATAKKAN" 30MP DARI BN UTK NAK TUBUH KERAJAAN PERSEKUTUAN BARU UNDER PR...HANG RASA SEMUANYA 100% IKUT JE...TAK DIRASUAH.

2. SELAIN DARI MENGGUNAKAN MAJORITI ADUN, SULTAN BOLEH BUBARKAN DUN. BETUL... MEMANG SULTAN BOLEH TAPI YANG HANG NAK KALUT DOK BUBAR DUN TU BUAT APA, BARU SETAHUN PRU12, KATAKAN BN MENANG & MAJORITI 2,3 ORG ADUN JE...PASTU PR PULAK KATA BN TAKTIK KOTOR, BAWAK PENGUNDI HANTULAH, TIPU UNDI POS LAH & MACAM2 LAGI. ATAU PR MENANG DGN MAJORITI YANG SAMA JUGAK, PASTU 2,3 BULAN ADA YANG LOMPAT PULAK MASUK BN PASTU...PASTU...PASTU...APA PULAK YE...LOMPAT PARTI TAK SALAH LA DARI SEGI UNDANG2 WALAUPUN DARI SEGI MORAL AKU PUN TAK BERAPA SETUJU...KALAU RASUAH YANG BERJAYA DIBUKTIKAN TU MEMANGLAH SALAH..

3. PAYAH2 SGT KUASA TERAKHIR YANG ADA KAT SULTAN, BAGINDA ISYTIHARKAN JE DARURAT, 2,3 HARI CUKUP LE, WAKTU TU BAGINDA NAK PILIH SAPA SEBAGAI WAKIL UTK MEMERINTAH UNTUK NEGERINYA, IKUT SUKALAH. TAPI CARA NI YANG PALING LECEH & BEBANKAN RAKYAT.

KESIMPULANNYA...

KESIAN LE KAT ORG PERAK TU (WIFE AKU ORG SANA JUGAK ( BUKIT GANTANG). AKU RASA TERIMALAH BN ADA MAJORITI & DEPA MEMERINTAH SAMPAI PRU KE 13 NANTI NAK PANGKAH SAPA PULAK IKIUT SUKALAH..

AKU RASA TAK MATI KEBULUR LAGI RAKYAT PERAK TU KALAU BN MEMERINTAH SAMPAI PRU KE13. TAPI KALAU PR YANG MEMERINTAH MUNGKIN JUGAK TAK KEBULUR TAPI MAJORITI MELAYU PERAK MAU ADA YANG KENA DUDUK BAWAH JAMBATAN SEBAB TANAH DAH BAGI KAT ORG LAIN....KATA SBLM NI BN BYK BAGI TANAH KAT TOKEY CINA, DAH TU PR MEMERINTAH HANG PA NAK BAGI LAGI KAT CINA2 DI KG BARU TU, DEPA DUDUK SITU DULU PUN BRITISH YG BUKA TANAH SBB NAK KURANGKAN PENGARUH KOMUNIS ( DUDUK FREE LE ), KALAU PI "MUGAQ" / TEROKA MACAM ORG MELAYU KAT FELDA TU TAK PA JUGAK.

BILA HANGPA BAGI LAGI, LAGI LA BODOH, KAT KG BARU TU KEBANYAKKAN CINA2 TUA JE, ANAK2 DEPA DAH KAYA RAYA....TANAH KAT TEMPAT LAIN BELAMBAK DAH...HA TU BAGI LAGI...LAGI...

SEBAGAI ANAK KEDAH, KAT KEDAH YB. UST AZIZAN SBG MB NAMPAK MATANG. TAK GOPOH BUAT KEPUTUSAN. AKU CONFIRM PANGKAH PAS KALAU DIA "COOL" SELALU. TOKSAH DOK KALUT2 BUAT KEPUTUSAN DRASTIK. KAT TERENGGANU DULU DAH DAPAT PERINTAH KALUT NAK SGT BUAT KEPUTUSAN DRASTIK, LAST2 SATU PENGGAL JE.. AMBIK HATI BUKAN MELAYU DULU. TAPI BUKAN SUKA2 BAGI TANAH SAMPAI 999TAHUN. MUNGKIN DAH KIAMAT PUN WAKTU TU.

KITA NEGARA BERBILANG KAUM. BANGSA LAIN DEPA KALAU NAK BERKUASA TAK DAK CARA LAIN DAH KAT MALAYSIA NI. MELAINKAN MELAGA-LAGA KAN KITA SESAMA MELAYU / ISLAM

NAK MEROSAKKAN SESUATU KEJAYAAN / PENCAPAIAN LEBIH MUDAH & CEPAT DARI MEMBINANNYA.. FIKIR2 KANLAH.

Tanpa Nama berkata...

Keanapa orang orang yang condong ka BN takut sangat akan pembubaran DUN dan pilihan raya di adakan semula. Nampak betul mereka ini tidak ada konfiden untuk menang. Kalau kata Zambery dia seperti Ghandi atau Mandela sudah pasti BN akan menang. Tapi kalau dia serupa baldi, sauk semua, dan jendela cuma pandang pandang saja tak ada harapanlah BN.