KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 10, 2009

Biro Pencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong akan siasat KM Sabah

KUALA LUMPUR: Akibat hilang keyakinan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin bertindak membuat laporan ke peringkat antarabangsa berhubung satu dakwaan rasuah melibatkan Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Musa Aman.

Shamsul, yang juga seorang pengamal undang-undang bertindak membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) ke atas seorang yang dikatakan orang kanan Musa Aman, Micheal Chia Tien Foh, 2 Oktober lalu.

Micheal Chia, berasal dari Sandakan, Sabah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos tahun lalu, selepas cuba menyeludup wang sejumlah RM16 juta dalam matawang dolar Singapura.

Menurut Shamsul, ICAC kemudiannya telah membuka kertas siasatan terhadap Chia dan menunggu maklumat tambahan bagaimana wang sebanyak itu boleh dibawa oleh seorang individu warganegara Malaysia.

"Sudah sampai masanya rakyat Malaysia berjuang hingga ke peringkat antarabangsa bagi mencegah rasuah dari akar umbi, lebih-lebih lagi setelah SPRM enggan menyiasat kes Chia," tegas beliau kepada Harakah.

Difahamkan, wang yang diseludup oleh Chia itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan lesen membalak di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik BN di negeri itu.

Menurut Shamsul lagi, beberapa siri pendedahan telah dilakukan oleh pimpinan AMK Sabah mengenai cara Michael Chia memperolehi kekayaan seperti itu.

Jelasnya, Naib Presiden KeADILan, Dato' Dr Jeffrey Kitingan, pernah membuat laporan polis terhadap Chia berkenaan salah laku ahli perniagaan yang disyaki memalsukan pelan kawasan pembalakan dan kemudiannya mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata pihak ICAC, yang diketuai Kitty Lau, Mabel Chu dan See telah memberi kerjasama dengan memberi ruang kepada beliau memberi keterangan selama tiga jam berhubung laporan tersebut.

Dalam laporan tersebut, Shamsul turut menamakan empat pihak lain yang dipercayai mempunyai hubungan dengan amalan rasuah iaitu kerajaan negeri Sabah, Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. dan Yayasan Sabah Group.

Sehubungan itu, Shamsul menggesa ICAC Hong Kong untuk segera menyiasat dakwaan tersebut, khususnya di saat SPRM dipertikaikan kredibilitinya di Malaysia.

6 ulasan:

Ceyta berkata...

Kes ni serahkan saja lah kepada pihak yang berkuasa...
Lebih baik kita tunggu dan lihat sahaja daripada membuat tanggapan yang bukan-bukan...

Iman berkata...

Jika difikir dengan teliti selagi mahkamah belum memutuskan Musa terlibat dalam hal ni, kita patut menyakini beliau...

Jason berkata...

Sebagaimana yang kita ketahu terlalu ramai pihak yang mahu menjatuhkan Musa..
Biasalah manusia kan...
Jadi tidak mustahil kes ni diperbesarkan untuk menjatuhkan nama baik Musa...

Elisha berkata...

Kes ni kan mengalahkan gosip Datuk K dan CT Nurhaliza oo... hahahahahha
Apapun saya harap CM tidak terlibat langsung dengan perkara ni :)

Black berkata...

Tanpa sebarang bukti lebih baik kita berdiam diri, tunggu dan liht saja perkembangan perkara ni...
Tak perlu masuk campur, tahulah pihak yang berkBlackaitan tu buat kerja...

Gabriel berkata...

dia orang kanan CM, tetapi CM tidak terlibat sama sekali. just want to remind us that CM doesnt involve in this case.