KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Oktober 09, 2009

BOHONG: PAS mahu Azeez Rahim mohon maaf kepada pengundi

KUALA LUMPUR: PAS mahu Ketua Putera Umno, Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim meminta maaf kepada pengundi Bagan Pinang dan seluruh rakyat di negara ini kerana berbohong dalam isu kononnya beliau ditumbuk oleh sembilan orang penyokong PAS sewaktu hari penamaan calon, 3 Oktober lalu.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, PAS yakin rakyat sedar bahawa lakonan Azeez kali ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi simpati dari rakyat selain beliau mengejar populariti murahan dalam politik Umno.

Azeez mendakwa kononnya ditumbuk oleh sembilan orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon hingga menyebabkan lebam-lebam di bahagian muka dan tengkuk.

Beliau membuat laporan polis pada hari yang sama. Sehari selepas itu, media harian melaporkan Azeez dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana pitam dan muntah-muntah ekoran kejadian itu.

Ustaz Idris menyangkal dakwaan Azeez itu dengan tiga keping gambar yang menunjukkan kejadian sebenar dan mengesahkan bahawa Azeez berbohong selain pertemuan spontan Azeez dengan Salahuddin Ayub pada hari kejadian tidak menampakkan sebarang tanda Azeez di tumbuk kerana bajunya elok dan bersih.

Kedegilan Azeez yang cuba melintasi kawasan penempatan yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk penyokong PAS pada hari penamaan calon untuk ke tempat penempatan penyokong BN berkumpul, mengandungi niat provokasi sekalipun sudah dilarang oleh polis yang bertugas.

Ketika melalui kawasan itu, dedah Ustaz Idris seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau dan bukannya menumbuk seperti yang didakwa. Rakaman gambar yang dibuat menunjukan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

Azeez bersama Dato' Ismail Sabri Yaakob boleh dianggap sengaja mencetuskan provokasi dengan berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon Sabtu lalu.

"Namun rakyat jauh lebih bijak dari pemimpin BN yang gagal membuat skrip dan lakonan yang baik semasa hari penamaan calon itu. Janganlah asetiap kali pilihan raya, hanya penyoong Pakatan Rakyat sahaja yang buat ganas, buat kacau terhadap pemimpin BN. Lama-lama rakyat tak percaya lagi. Ini semua cerita untuk raih simpati pengundi semata-mata," tegas Ustaz Idris.

Tiada ulasan: