KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Oktober 09, 2009

Kemenangan PAS penting di Bagan Pinang - Phang Chaw

KUALA LUMPUR: Masyarakat Cina menganggap PAS perlu memenangi Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang bagi membolehkan mesej jelas diberi kepada BN, rakyat akan menolak parti yang rasuah dalam pilihan raya umum akan datang.

Penasihat Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw berkata, masyarakat Cina hari ini sudah muak dengan kerajaan yang diketuai oleh BN dan mereka mahukan sebuah kerajaan baru mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Oleh kerana itu, kata beliau, kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil ini amat penting kerana ia akan mengekalkan momentum penolakan rakyat terhadap BN.

"Bagi masyarakat Cina di Bagan Pinang, kalau BN kalah dalam pilihan raya ini tidak mengapa kerana kerajaan negeri tidak akan tergugat tetapi apa yang penting kepada mereka (masyarakat cina) mesej kepada BN perlu disampaikan.

"Jika BN tewas, mereka akan lebih banyak membuat dasar yang mementingkan rakyat jadi PAS perlu menang di Bagan Pinang kerana rakyat di seluruh Malaysia akan dapat merasai nikmat kemenangan Pakatan Rakyat di situ.

"Ini bukan bermakna mereka akan kembali menyokong BN dalam pilihan raya umum akan datang tetapi mereka mahu kerajaan lebih banyak memberikan hak rakyat bukan hanya membuat dasar mementingkan kroni," kata beliau.

Pang Chaw juga menjelaskan masyarakat Cina sudah muak dengan BN yang diketuai oleh Umno kerana parti itu (Umno) tidak membantu orang Melayu.

Kata beliau, apa yang berlaku kepada orang Melayu membuatkan masyarakat Cina tidak yakin Umno akan dapat berlaku adil terhadap bangsa lain.

Berbeza dengan PAS, kata beliau, masyarakat Cina semakin yakin dan selesa dengan PAS kerana apa yang dilakukan oleh pentadbiran Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan menjadi contoh keadilan yang dimahukan.

Justeru kata beliau, masyarakat Cina amat berharap agar PAS akan memperolehi kemenangan di Bagan Pinang supaya ia dapat memberi mesej kepada BN bahawa rakyat sudah muak dengan mereka.

Tiada ulasan: