KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Oktober 09, 2009

BN trauma kalah 8 kali pilihan raya kecil selepas PRU 2008

KUALA LUMPUR: Trauma akibat kekalahan demi kekalahan dalam siri pilihan raya kecil pasca Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu menyebabkan Umno dan BN menggantung harapan untuk kembali memulih maruah mereka yang tercalar teruk dengan adanya undi pos yang tinggi di Dun Bagan Pinang.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi menegaskan, kemenangan Umno dan BN dalam Pilihan Raya Umum pada Mac 2008 di Dun Bagan Pinang dengan majoriti sebanyak 2333 telah dibantu oleh undi pos apabila berjaya memperolehi 3080 undi pos sedangkan PAS hanya memperolehi 1189 undi sahaja.

Jelas Nasruddin, sikap terlalu yakin BN dengan undi pos menyebabkan mereka sanggup melupakan janji dan komitmen mereka untuk meletakkan calon yang bersih, berwibawa dan berintegriti.

"Rasuah dan integriti bukan lagi persoalan yang menjadi timbang tara mereka dalam perjuangan dan perletakkan calon, sebaliknya mereka hanya memburu kemenangan semata-mata.

"Saya percaya perkembangan ini didorong oleh keyakinan mereka yang tinggi untuk menang lantaran dilihat undi pos akan berpihak kepada mereka sebagaimana sebelumnya," katanya kepada Harakah.

Nasruddin menegaskan PAS serta rakan Pakatan Rakyat yang lain mengharapkan kemenangan, bukan lagi sekadar mencongak peluang untuk mengurangkan majoriti BN.

Justeru katanya, Jawatan Kuasa Khas Undi Pos yang ditubuhkan Pemuda PAS akan memastikan undi pos ini tidak lagi berpihak kepada UMNO dan BN.

Katanya, Pemuda PAS melihat terlalu banyak ruang yang memungkinkan undi pos ini dimanipulasi oleh pihak tertentu sekaligus ia mencemar ketelusan dan merosakkan demokrasi.

Justeru katanya, tanggungjawab yang digalaskan kepada Pemuda PAS untuk memastikan undi pos tidak lagi menjadi milik BN akan diusahakan sebaik mungkin bersama Pemuda Pakatan Rakyat

Tiada ulasan: