KUALA LUMPUR: Apapun keputusan Mesyuarat Luar Biasa (EGM) MCA pada 11 Oktober ini, ia tidak akan berjaya menarik sepenuhnya sokongan orang-orang Cina kepada parti MCA, tegas penganalisis politik, Ghazali Mayudin.
Dedahnya, mengikut tinjauan yang dibuat didapati 80 hingga 85 peratus orang Cina tidak menyokong BN, termasuk menyokong MCA.
"Dalam konteks ini, apa pun keputusan EGM itu, saya ingat tidak banyak mengubah keadaan sama ada keputusannya menyebelahi Ong Tee Kiat atau Chua Soi Lek dikekalkan, tidak dapat memainkan peranan," katanya semasa dihubungi.
EGM terpaksa dibuat berikutan pemecatan Dr Chua oleh Majlis Presiden kerana mencemarkan imej parti berikutan skandal seks vcdnya.
Mengulas lanjut, Ghazali menegaskan beliau tidak nampak keputusan EGM akan memberi kesan yang besar untuk memulihkan keyakinan dan sokongan orang-orang Cina kepada MCA, ini kerana majoriti orang Cina memberi sokongan kepada DAP dan PKR.
"Secara keseluruhannya saya ingat kesan daripada pilihan raya umum 2008 dahulu kerana perasaan ketidakpuasan hati terhadap BN dan pucuk pimpinan BN tidak berubah," katanya.
Oleh kerana itu, masalah orang Cina tidak menyokong MCA bukan kerana pucuk pimpinan semata-mata atau perbalahan yang melanda parti itu sekarang tetapi peralihan sokongan orang Cina kepada Pakatan Rakyat telah berlaku lama berlaku kerana tidak berpuashati dengan BN.
"Ini kerana apa yang dilakukan mereka tidak berjaya memulihkan kembali keyakinan dan sokongan orang-orang Cina kepada MCA, Gerakan dan BN sebagai sebuah parti yang benar-benar yang boleh merealisasikan kehendakan impian dan cita-cita mereka.
Malah kata Ghazali lagi, jika trend tersebut berterusan, kemungkinan besar secara keseluruhannya orang-orang Cina akan lebih memihak kepada Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan