KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 10, 2009

Salahuddin dakwa polis lembab bertindak terhadap samseng Umno

BAGAN PINANG: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengecam keras tindakan jenayah bersenjata yang dilakukan samseng-samseng Umno terhadap petugas PAS pada 7 Oktober lalu, lapor Wan Nordin Wan Yaakob di Bagan Pinang.

Malah, PAS kecewa dengan tindakan lembab pihak polis yang didakwanya menyebelahi Umno/BN.

Beliau menegaskan perkara itu dalam sidang media harian di Markas Operasi Jentera Pilihan Raya Kecil PAS, Dun Bagan Pinang dekat sini Khamis lalu.

Walaupun keadaan semakin tegang apabila provokasi sentiasa dicetuskan oleh petugas Umno terhadap penyokong PAS, namun polis seakan-akan tidak mahu bertindak, sebaliknya beliau percaya jika penyokong PAS membalas, polis akan bertindak.

"Ini juga akan dilaporkan oleh media arus perdana dan menyatakan ini adalah keganasan yang dilakukan oleh petugas PAS dan Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Salahuddin mendesak pihak berkuasa segera menjalankan siasatan ke atas insiden-insiden yang telahpun dilaporkan kepada mereka (polis) selama tempoh berkempen.

"Kita kesal dalam kes-kes seperti ini polis dan SPR lansung tidak nampak dan seolah-olah membiarkan jentera pihak yang satu lagi menggunakan apa sahaja ruang dan tindakan walaupun bertentangan dengan undang-undang negara, atau Akta Polis itu sendiri," katanya.

Polis dan SPR seharusnya menjadi 'orang tengah' yang tidak memihak kepada mana-mana pihak yang bertanding, namun dalam kes ini mereka (polis dan SPR) membiarkannya seolah-olah tidak ada apa-apa insiden yang berlaku, tegasnya.

"Saya juga kesal, media arus perdana tidak melaporkan kes ini sebetulnya, sebaliknya insiden olok-olok yang dilakonkan oleh Ketua Putera Umno, Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim mendapat liputan meluas," katanya lagi.

Inilah demokrasi yang cuba ditonjolkan kerajaan BN, keganasan dipihaknya dibenarkan sementara jika pembangkang bertindak balas, ianya akan dipersalahkan, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Dalam kejadian pada 7 Oktober lalu kira-kira jam 2.30 petang, seorang petugas PAS dipukul oleh lebih 50 petugas Umno ketika mahu mengunjungi UPU Bagan Pinang.

Petugas itu cedera di muka dan lebam di mata kerana dipukul hingga terjatuh beberapa kali.

Naib Presiden PAS, Dato'Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar sendiri menyaksikan kejadian itu di depan mata mereka. Namun mereka kesal kerana polis enggan bertindak ke atas samseng-samseng Umno ini.

Sementara pada sebelah pagi, kira-kira jam 3.00 seorang lagi petugas PAS dipukul oleh petugas Umno dengan menggunakan senjata hingga berdarah.

Antara senjata yang digunakan mereka termasuklah pedang samurai, besi dan pisau. Petugas Umno itu menggunakan motorsikal serta kereta dan menyerang siapa sahaja yang memaparkan lambang PAS.

Tiada ulasan: