KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 10, 2009

PAS temui kepincangan baru dalam undi pos, SPR pula makin berat sebelah

BAGAN PINANG: PAS menuntut Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menghentikan serta merta proses pembuangan undi pos kerana badan pelaksana itu tidak menggunakan senarai daftar pemilih yang sah.

Bagaimanapun, ia gagal dipenuhi SPR. Dalam satu sidang media harian PAS 9 Oktober, Naib Presidennya, Salahuddin Ayub menegaskan tindakan SPR itu bertentangan dengan Peraturan 14A Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981.

Menurutnya, status tersebut berbunyi: "Daftar Pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan calon HENDAKLAH merupakan naskhah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pegurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi…"

PAS amat meragui proses penyerahan Sampul Keutamaan yang dipercayai bertentangan dengan peraturan 14A, yang lain; kerana tiada pengarahan bertulis kepada pengundi-pengundi yang gagal dikenal pasti.

Ujar Salahudin lagi, terdapat beberapa kes di mana isteri kepada pegawai tentera yang sebenarnya tidak mempunyai kad pengenalan tentera didapati tersenarai dalam senarai daftar pemilih undi pos.

Berdasarakan kes tersebut, terdapat beberapa pegawai tentera yang dikenali sebagai penyokong tradisi Pakatan Rakyat, turut digugurkan dalam senarai daftar pemilih tidak rasmi yang digunakan SPR di dalam Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDAR) 8 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Salehuddin berkata, proses pembuangan undi awam boleh dilaksanakan seperti biasa pada 11 Oktober depan. Jika SPR tidak membatalkan proses pengundian Pos serta merta, akan mengganggu kebebasan keputusan pilihan raya N.31 itu kelak.

Ditanya tentang tindakan lanjut berkaitan perkara ini, Salahuddin beliau menegaskan suatu pasukan perundangan sedang membuat perhitungan akhir. Pakatan dan PAS juga dijadualkan bertemu SPR dalam masa terdekat; sama ada di sini atau di Putrajaya.

Cadangan PAS pada 8 Oktober lalu agar SPR membuat injunksi, sehingga kedua-dua daftar pemilih N31 benar-benar puteh, tidak dilayan. Pendedahan terbesar tersebut, menjadikan SPR tidak mempunyai alasan untuk menolak segala cadangan PAS sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS kesal dengan kenyataan SPR mengesahkan bahawa tidak wujud pertindihan nama dalam senarai daftar pemilih di DUN Bagan Pinang seperti yang didakwa Timbalan Pengerusi Dato' Wan Ahmad Wan Omar.

Walhal, dalam pertemuan dengan wakil PAS di ibu pejabat SPR, Wan Ahmad mengakui adanya senarai yang bertindan membabitkan pesara tentera seramai 253 orang, kata Salahudin.

Katanya, SPR seharusnya bertangunggjawab ke atas senarai yang bertindih itu dengan membersihkannya, tetapi akhirnya SPR sendiri menidakkan dalam kenyataan mereka di akhbar-akhbar arus perdana.

Apa yang terjadi, nama dan maklumat pesara tentera yang telah menjadi orang awam masih ada dalam daftar pemilih undi pos, walaupun nama mereka juga ada dalam daftar undi awam, jelas Salahuddin.

Wan Ahmad dilaporkan sebagai berkata, hasil semakan yang dibuat SPR 7 Oktober mendapati tidak wujud penggandaan nama di kawasan itu seperti yang ditimbulkan PAS.

Terdahulu Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan ahli-ahli SPR lain di ibu pejabat SPR di Putrajaya pada 7 Oktober.

Wan Ahmad berkata dalam pertemuan itu, PAS turut menyerahkan senarai nama yang didakwa bertindih.

Beliau berkata SPR juga akan membuat pemeriksaan menyeluruh senarai daftar pemilih bagi memastikan tidak berlaku penggandaan nama, yang mungkin berlaku apabila anggota tentera mendaftar sebagai pemilih awam sebelum menyertai perkhidmatan itu.

Mustafa berkata permohonan untuk mendapatkan perintah injunksi itu akan mengambil kira daripada segi praktikalitinya memandangkan undi pos akan dijalankan 8 Oktober (hari berita ini ditulis).

"Kesannya daripada ini, kita akan lihat. Saya akan bincang dengan peguam lagilah," katanya.

Ditanya sama ada PAS akan mengemukakan petisyen pilihan raya jika BN menang dalam pilihan raya kecil itu, beliau berkata, PAS akan bincang perkara ini dan bentuk tindakan selanjutnya.

Tiada ulasan: