KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Oktober 09, 2009

Kunci perubahan zon selatan di Bagan Pinang - Dato' Seri Nizar

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin anggota tentera akan memberi undi kepada PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Katanya, ini kerana golongan tentera bukan golongan perasuah dan sudah tentunya mereka tidak akan memilih calon yang terlibat dengan rasuah.

"Saya percaya, yang menangkan PAS nanti bukan kerana calon BN terpalit dengan rasuah tetapi tentera yang mengundi sebagai pengundi pos akan membuat keputusan untuk memihak kepada PAS," katanya kepada Harakah.

Isa bukan penentu untuk BN menang sebaliknya yang menentukannya golongan tentera yang mengundi pos. Sehubungan itu katanya, beliau melihat peluang PAS cerah untuk memenangi kerusi Bagan Pinang.

"Maknanya buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia ini pihak tentera akan membuktikan mereka akan berpihak kepada orang tidak ada rasuah iaitu calon PAS.

"Jadi, PAS tidak perlu takut dengan undi pos, kerana kira-kira 4000 pengundi pos akan mengundi PAS," jelasnya.

Kerana itu, tidak tepat jika ada yang menganggap Umno boleh menang kerana Isa menjadi calonnya.

Menteri Besar Perak yang sah itu yakin, di tangan pengundi-pengundi Bagan Pinang terletaknya kunci untuk merubah zon selatan dan seterusnya menjangkit ke seluruh negara menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

"Mereka yang boleh membukakan kunci perubahan di zon selatan khususnya negeri-negeri yang masih ditawan oleh BN ialah pengundi Bagan Pinang," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

1 ulasan:

Nizar berkata...

Bukan shj org awam, tentera juga menolak UMNO.. Insyaallah PAS berjaya..

http://nizar-coretanku.blogspot.com