KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Oktober 09, 2009

Kelab Penyokong PAS India yakin menang - Bala Subramaniam

KUALA LUMPUR: Kelab Penyokong PAS Kaum India yakin PAS akan memperoleh kemenangan di Bagan Pinang dan seterusnya mengukuhkan lagi kekuatan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan.

Pengerusi kelab tersebut, Bala Subramaniam berkata, pihaknya telah menggerakkan jentera pilihan raya Kelab Penyokong PAS Kaum India bagi membantu PAS sepanjang kempen pilihan raya.

Jelasnya, berdasarkan culaan serta kempen yang dilakukan khususnya terhadap masyarakt India di kawasan tersebut, sokongan kepada PAS semakin bertambah kerana pengundi di kawasan tersebut mula menyedari kekurangan BN dalam menjaga kebajikan rakyat.

"Mereka tidak berpuas hati dengan janji-janji yang ditaburkan BN tetapi tidak dikotakan terutama dalam menjaga kebajikan mereka.

"Walaupun kerajaan akan menubuhkan parti baru, Makkal Sakhti bagi menambah sokongan kaum India, kaum India di Bagan Pinang telah mengetahui apa yang dilakukan kerajaan itu hanya untuk kepentingan BN dan bukan untuk berjuang untuk kaum India," katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada seluruh kaum India di Bagan Pinang memberi sokongan kepada PAS agar nasib serta kebajikan mereka akan terbela.

Tiada ulasan: