KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Oktober 10, 2009

Ulangi desakan bubarkan Dun Perak

IPOH: PAS mengulangi desakan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan segera dan pilihan raya diadakan di negeri itu bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan mereka.

Demikian ditegaskan Exco Dewan Pemuda PAS Tambun, Mohd Hafez Sabri .

Desakan ini susulan kekecohan yang berlaku di negeri Perak sejak krisis 12 Mac dan yang terbaru pada 2 September lalu apabila Speaker DUN Perak V. Sivakumar bersama 24 ADUN Pakatan Rakyat telah mengadakan Sidang DUN di Hotel Herittage selepas polis menghalang mereka masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK).

Beliau berkata, hanya dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat, demokrasi dan kedaulatan perlembagaan dapat dikembalikan di Perak dan Malaysia.

Katanya, ia bertujuan untuk membolehkan pemilihan semula, agar pengundi negeri Perak mengundi memilih kerajaan mereka.

Mohd Hafez berpendapat, kemelut politik negeri Perak itu telah membawa kesan dan risiko terhadap undang-undang Perlembagaan yang amat serius.

"Pemuda PAS Tambun melihat krisis perlembagaan Perak telah menyebabkan sistem perundangan negara ini semakin hilang kehormatannya manakala doctrin separation of power (doktrin pengasingan kuasa) sudah berkecamuk yang mana badan kehakiman boleh mencampuri urusan badan perundangan," ujarnya merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan 16 April lalu yang membatalkan penggantungan dilakukan oleh Speaker V. Sivakumar terhadap, Zambry Abdul Kadir.

Ia adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Perkara 72(1) Perlembagan Persekutuan dan keputusan mahkamah ini boleh menyebabkan persidangan Dewan Rakyat mahupun DUN boleh dicabar di mahkamah selepas ini. Sebab itulah menurut beliau, DUN perlu dibubarkan segera.

Tiada ulasan: