KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mei 04, 2009

Puak pro Anwar Ibrahim dibidas kerana menyalah Presiden PAS dalam isu Kerajaan Perpaduan

Dato' Takiyuddin Hassan, Exco Kerajaan Kelantan

GOLONGAN pro Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pas dibidas kerana menyalahkan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, lapor Azran Fitri Rahim untuk Utusan Malaysia.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan, cadangan pembentukan kerajaan perpaduan itu telah diputuskan secara bersama oleh pimpinan parti-parti dalam pakatan pembangkang dan bukannya datang dari Pas sahaja.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan turut menyelar golongan tersebut kerana hanya berani mengeluarkan kenyataan di luar dan tidak bersuara ketika mesyuarat rasmi diadakan.

‘‘Soalnya kenapa golongan ini hanya menyerang presiden dan timbalan presiden dalam isu kerajaan perpaduan sedangkan ia turut melibatkan Anwar.

6 ulasan:

Amri Mat Saaid berkata...

salam

keh keh bersore juge mike tok taki ari tu terajang Husam nyaris sampai tak bertanding PRU12, nasib le TGNA selamatkan Husam , he he tibe2 aje keluorkan kenyataan ni ape hai, ade udang ke disebalik mee goreng kot, sbb tok taki tak makan mee celup, die suke makan dan berkawan dengan gang mee goreng. sori tok seloro orang Peghak ni kasor tok.

Panglima Perang Cyber berkata...

salam...

Tuan sokong mana ?

Mohamad Shafri Shamsudin berkata...

Sebenarnya akar umbi tetpp menyokong kepimpina Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul aziz. Tetapi gembar gembur dari penyokong yang berpresidenkan Anwar sahaja membuat cerita bahawa akar umbi menyokong mereka. mereka memang belawak biawak...

Tanpa Nama berkata...

tak cerdik juga org pas ni ek

Tanpa Nama berkata...

kenapa mesti babitkan anwar?. Bodohnya orang Pas kerana beranggapan begitu. Nampaknya dalam Pas dah ada dua puak. Tahniah!. Nampaknya Pas tak cukup tarbiah ahli dia lagi sbb tu tuduh ada puak Anwar dalam Pas.

Apa pun, sebilangan ahli Pas dah mula tunjuk taring dan bongkak. Tapi saya tak paham, masaalah dalam Pas di cetuskan oleh orang Pas tapi 'blame' pada orang lain di luar Pas. Besar sangat ke pengaruh Anwar?.

Kamarulzaman Md Halim berkata...

Apa sebenarnya yang berlaku sudah boleh dihidu secara jelas oleh ahli-ahli dan musuh-musuh PAS. Isu "Unity Government" telah melanjutkan permusuhan dalaman pemimpin PAS sejak muzakarah menjadi muqabalah.

Tiada penjelasan yang konkrit dari pimpinan menjadi punca perbalahan. Sesetangah yang terdekat dengan Presiden PAS tahu tentang pertemuan dan hubungan sulit PAS-Umno tetapi ada anggota Dewan Harian yang tak tahu langsung. Apatah lagi AJK PAS Pusat.

Timbul kekeliruan dan tidak sependapat kerana cara rundingan atau capaiannya isu "Unity Government" tidak sama dengan kerjasama dengan Pakatan Rakyat. Semua orang tahu, ada pimpinan yang jadi penghubung dan direstui secara total oleh pusuk pimpinan.

Dalam isu terbaru, hanya Presiden dan beberapa orang tertentu termasuk Harun Din, Nasharuddin, Mustafa Ali, Wan Mutalib, Harun Taib, Daud Iraqi yang tahu hal ini dan mungkin beberapa kerat pimpinan lain.

Tetapi, apa yang jelas ia tidak pernah dibincangkan secara serius dalam mana-mana makenisme parti hingga menyebabkan tercetusnya kemarahan kumpulan Erdogan (iaitu segelintir pimpinan PAS Pusat yang pro Pakatan Rakyat atau lebih tepat yang lebih tegar pro Anwar Ibrahim).

Apakah muslihat Presiden dalam isu ini? Kita tunggu pada muktamar Jun depan, barangkali ada keputusan baru yang akan dicapai.