KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mei 04, 2009

TERKINI: Mohamad Sabu tetap akan lawan Nasharuddin Mat Isa. Orang yang hendak pimpin saya mestilah lebih berani dari saya!

Mohamad Sabu dalam sidang media petang tadi tetap bertegas akan bertanding kerusi Timbalan Presiden PAS Jun ini


PAS bakal menyaksikan perebutan sengit jawatan Timbalan Presidennya apabila seorang calonnya Mohamad Sabu bertegas enggan berundur walaupun kemungkinan diasak calon sepopular Datuk Husam Musa, lapor Muda Mohd Noor kepada Malaysiakini.

Mohamad, yang juga Naib Presiden PAS berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan Husam dan menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut.

"Kerana orang yang hendak pimpin saya mestilah lebih berani dan lebih pandai daripada saya. Sama ada anda bersama saya atau anda tinggalkan," katanya di sidang media di pejabat PAS di ibu negara hari ini, yang dipanggil untuk mengumumkan solat hajat khas bersempena sidang DUN Perak. Khamis ini.

Selain Mohamad dan Husam; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali juga menawarkan diri bertanding jawatan penting itu.

Husam, exco kerajaan Kelantan dan naib presiden PAS, dianggap calon pilihan untuk jawatan tersebut - khususnya dalam sentimen aliran anti-muzakarah dengan Umno dan penentang idea kerajaan perpaduan dengan BN.

Mohamad dan Husam dikenali sebagai dua pemimpin kanan yang tidak selesa dengan rundingan sulit PAS-Umno awal tahun lalu yang merebak menjadi isu besar dalam muktamar di Ipoh, Ogos lepas.

Penyandang jawatan Nasharuddin Mat Isa sehingga ini belum memutuskan sama ada mempertahankan jawatan itu. Beliau dipercayai akan bersaing untuk mengekalkannya.

Muktamar PAS bermula 4 Jun ini di Shah Alam akan diwarnai persaingan sengit jawatan-jawatan tertinggi, termasuk naib presiden dan ketua dewan-dewan utama parti, susulan wujudnya dua aliran besar tersebut.

Diminta mengulas sama ada parti itu kini berdepan konflik antara kelompok ulama dan profesional, Mohamad berkata beliau sendiri terlibat menegakkan kepemimpin ulama PAS pada 1982.

Mohamad bersama pemimpin Pemuda - yang dianggap terpengaruh dengan revolusi Islam di Iran pada 1979 - menggulingkan Datuk Asri Muda, seorang pemimpin nasionalis. Diminta mengulas usaha segelintir PAS Pulau Pinang untuk bertanding di DUN Penanti, Mohamad berkata:

"Mereka boleh berkata mahu bertanding tetapi majlis presiden (Pakatan Rakyat) yang memilih calon dan parti mana yang akan bertanding. Seperti (DUN) Bukit Selambau, Umno kata hendak bertanding tetapi akhirnya diberikan kepada MIC," tambahnya.

Mengulas larangan mendirikan pondok panas dan merayu undi pada pilihanraya tersebut 31 Mei ini, Mohamad berkata partinya akan tetap membina bangsal untuk kegunaan pada hari mengundi. Tambahnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak pernah berbincang dengan parti-parti politik sebelum mengeluarkan larangan tersebut, 27 April lalu.

Mohamad berkata, pilihanraya peringkat negeri Perak perlu diadakan untuk memberi peluang kepada rakyat memilih kerajaan baru - susulan krisis perebutan kuasa antara BN dengan gabungan pembangkang sejak Februari lepas. Beliau juga mengumumkan PAS menganjurkan program munajat perdana di sebuah masjid di Manjoi menjelang subuh Khamis ini.

5 ulasan:

Ali Hanapiah berkata...

Lawan bang Mad jangan tak lawan. Masa Cikgu Pa yang bukan ulama dulu nak lanyak Ustaz Hassan Shukri tak timbul pulak isu ulama atau profesional.

Apatah lagi isu "ulama profesional"? Semua pakat diam membisu Ustaz Hassan disembelih oleh Cikgu Pa dan Nasharuddin Mat Isa. Isunya, penyertaan Cikgu Pa tiada siapa yang menyanggah?

Dialah yang berjuang bermati-matian seolah-olah memberitahu atau menyampaikan signal bawa kepimpinan ulama tidak semestinya pemimpinnya utamanya ulama.

Kerana hujahnya, Majlis Syura sudah memadai untuk megawal selia PAS dari segi dasar-dasar parti dan disiplinnya.

So, mengapa sekarang, apabila Cikgu Pa bersengkongkol dengan kumpulan pro-muzakarah yang dia ada syer di dalamnya, Husam dan Mad Sabu nak tanding sudah jadi tidak boleh?

Apa masalahnya kalau Husam atau Mad Sabu jadi Timbalan?

Fatimah berkata...

Saya sarankan perkasakan Majlis Syura. Jangan ada AJK Pusat termasuk Presiden dan Timbalan Presiden, wakil-wakil dewan duduk dalam majlis ini.

Sebab, kehadiran mereka menjadikan majlis itu tidak telus, tiada wibawa dan koncan (koman). Tiada apa tindakan boleh diambil terhadap pemimpin yang sumbang, rendah moral dan langgar perlembagaan.

Apa yang terjadi hari ini, bagi membolehkan ulama bermuhasabah terhadap diri mereka dan peranan mereka dalam parti. Tak payah salahkan itu dan ini.

Fatimah Misu
Batang Kali, Selangor

Tanpa Nama berkata...

wahai pro-muzakarah,

Antum semua nak sampaikan apa sebenarnya? Bukan sahaja ahli PAS tak faham malah pemimpin PAS sendiripun tak faham idea tu.

Ia mesti ada kaedah dan sebab-musababnya. Bukan main cedok entah dari mana dan diletakkan atau cuba dipraktikan di Malaysia.

Paling malang, ramai Dewan Harian tak tahu langsung isu Kerajaan Perpaduan ini. Kalau semua tahu, dibincangkan dalam JK Agung, tak timbul isu ini. Macam isu muzakarah dululah...

Mengapa Presiden tak ambil iktibar dari isu muzakarah dan ulangi pada isu unity ini?

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya

1. Bukan Fitnah TG Hj Hadi, memang betul TG Hadi mengaku nak bawak PAS masuk BN.
2. TG Hadi kata nak buat kerajaan perpaduan, then orang tanya, apa dia kerajaan perpaduan, TG hadi bagitahu, kerajaan tanpa pembangkang. TG Hadi konsisten dengan statement ni kat mana-mana
3. Kerajaan tanpa pembangkang adalah PAS masuk BN. Itu dia kerajaan perpaduan. Budak darjah dua pun tahu benda tu.
4. Memang lah orang PAS marah, bila ada usaha nak bawa PAS masuk BN. Gila la orang PAS tak marah. Kenapa salahkan orang PAS, kenapa tak salahkan TG Hadi.
5. Kerajaan tanpa pembangkang adalah slogan sama Tun Razak pada tahun 1970. Tapi DAP dan Parti Buruh tak masuk BN. PAS dan Gerakan aje masuk BN.
6. Sebab itu orang UMNO sokong gila kerajaan perpaduan. Apa lagi fitnah. Dah terang lagi bersuluh
7. Muktamar kali ni penentu, halatuju PAS, adakah pergi ke BN ataupun kekal di Pakatan Rakyat.

Mohamad Shafri Shamsudin berkata...

Kepada tanpa nama...
Bercakap biar pakai otak. Bukan pakai kepala lutut.
Hang ini memang ditugaskan nak rosakkan PAS ker. Memang hang ni ditugaskan untuk jatuhkan imej TG abdul Hadi ker?
Kalau tak tau jangan bercakap la. Buat malu. Hang yang bodoh jer tak paham2. Org lain lama paham dah. Kalau rasa tak boleh bagi wala' kepada kepada ketua lebih baik keluar dari parti ini. Jangan la nak jadi penghasut, pemecah belah parti. Yang marah kat TG Abdul Hadi cuma hang dan org2 yang ada agenda nak rosakkan parti jer. Kalau tak paham apa kerajaan perpaduan tanya pada yang tahu. Ni tak tahu buat2 macam tahu. malulah... jangan la nak jadi perosak parti pulak.. Untuk pengetahuan hang, apa yang hang anggap TG Abdul Hadi nak PAS masuk BN tu salah. Hang ni bukan tahap darjah dua nampaknya... Tapi pemikiran hang dah jatuh tahap umur dua tahun.