KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Jun 06, 2010

Duta Amerika dikejutkan hampir 20 ribu rakyat bangkit bantah kekejaman Israel





PIMPINAN tertinggi Pakatan Rakyat berjaya menyerahkan resolusi meja bulat kepada wakil Kedutaan Amerika Sarikat jam 3.00 petang 4 Jun lalu bagi mengecam keras kekejaman rejim Zionis Yahudi terhadap rakyat Gaza dan serangan ke atas Konvoi Bantuan ke Gaza.

Resolusi itu antara lain mendesak agar Amerika Syarikat dan Majlis Keselamatan PBB digerakkan bagi mengenakan tindakan ke atas kekejaman Israel ke atas Konvoi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza. Penyerahan itu dibuat Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa bersama Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di hadapan pintu pagar kedutaan tersebut.

Turut serta dalam penyerahan itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad dan Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dengan diiringi hampir 20,000 rakyat yang berhimpun di depan kedutaan tersebut.

Sebelum penyerahan resolusi kepada sekutu Israel itu, demonstran digerakkan dalam perarakan yang dianjurkan Pakatan Rakyat bermula di Masjid Jamek Kampung Baru seusai solat Jumaat. Perarakan dimulakan tepat jam 2.15 petang dengan laungan takbir 'Allahuakhbar' dan diselang seli pelbagai slogan seperti 'hancur Yahudi' 'jahanam Israel', 'hancur APCO', 'Jahanam Umno', 'Khaibar- Khaibar Ya Yahud' dan banyak lagi.

Sebaik pimpinan utama selesai menunaikan solat Jumaat dan diikuti solat hajat bersama kariah masjid, laungan takbir bergema, anggota Unit Amal memenuhi perkarangan hadapan masjid, sambil demonstran mula bergabung untuk membentuk 'gerombolan' besar.

Terdengar suara-suara beberapa pegawai polis yang berpangkat tinggi berbincang sesama sendiri untuk mengarahkan samada himpunan tersebut dihalang atau sebaliknya. Sebaik melintasi perkarangan Bangunan Bank Pembangunan, kelihatan tujuh trak FRU menanti, namun tiada sebarang reaksi samada mereka mahu memancutkan air dari 'water canon' atau sebaliknya.

Tiada halangan dibuat, walaupun sehari sebelum himpunan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Wira Sabtu Osman telah memberi amaran agar tidak sesiapa menyertai himpunan haram itu. Para jurugambar dan wartawan berlari-lari dan mencari posisi yang menarik untuk merakamkan detik sejarah kebangkitan rakyat Malaysia mengecam kekejaman Israel.

Perarakan dipimpin oleh Anwar, Ustaz Nasharuddin, Salahuddin Ayub, Ustazah Nuridah Salleh, Ustaz Idris Ahmad dan ramai lagi. Tiba di hadapan kedutaan kira-kira jam 2.50 petang yang menyaksikan penggabungan dengan satu lagi himpunan yang dianjurkan NGO bermula dari Bangunan Tabung Haji.

Beberapa pimpinan yang berucap di atas lori yang dijadikann pentas, melaungkan kecaman kepada kerajaan Amerika Syarikat yang masih 'berpeluk tubuh' dengan kekejaman yang dilakukan sekutunya Israel. Mereka turut mendesak kerajaan Malaysia pimpinan Dato' Seri Najib Razak menamatkan kontrak dengan APCO Worldwide sebuah agensi perundingan yang berkepentingan Israel.

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Mohammad Sabu yang juga turut berucap menarik perhatian ramai apabila beliau mengeraskan suara 'Yahudi jahat, dulu, kini dan selamanya' kemudian diikuti oleh demontran. Ia diulang-ulang beberapa kali kemudian beliau melaungkan slogan 'jahanam Yahudi' dan 'halau APCO dari Malaysia'. Himpunan bersurai jam kira-kira jam 4 petang selepas beberapa ucapan pimpinan Pakatan Rakyat dan doa dibacakan oleh Ustaz Nasharudin.

Tiada ulasan: