KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Jun 12, 2010

Tamrin Tun Ghafar terkejut dengan keahlian Dewan Penyokong PAS cecah 20 ribu orang

NAIB Presiden Persatuan Bekas Wakil Rakyat Umno, Tamrin Tun Ghafar Baba juga bekas Ahli Parlimen Jasin, Melaka menyifatkan Ucapan Dasar Presiden PAS sebagai sangat bernas dan berpijak di bumi nyata dan ia menggambarkan perjuangan PAS mempunyai konsep terbuka.

Katanya, ia meliputi semua aspek terutama menekankan berkenaan isu perpaduan kaum yang berbilang bangsa dan agama, ketika ditemuia sejurus usai majis perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Putik, dekat sini, 11 Jun lalu.

"Saya rasa rakyat mulai sedar bahawa PAS hari ini berlain pada masa-masa lepas," katanya sambil menyifatkan barisan kepimpinan PAS hari ini serta sikap keterbukaan yang ditunjukkan, ia menjadi parti yang bukan sahaja mampu diyakini orang Melayu tetapi juga masyarakat bukan Islam. Beliau terperanjat apabila dimaklumkan bahawa Dewan Himpunan Penyokong PAS telah dianggotai lebih 20,000 ahli dari kalangan masyarakat bukan Islam.

Sementara itu, Ahli Pimpinan Tertinggi KeADILan, Dato' Zaid Ibrahim menyifatkan ucapan dasar itu telah menerus dan menyambung ucapan-ucapan sebelum ini mengenai peranan PAS yang lebih luas dalam konteks politik negara pada masa sekarang. "Ucapan ini menunjukkan pentingnya halatuju PAS dalam konteks Pakatan Rakyat dan politik majmuk. Ucapan yang sangat baik," ujarnya mengulas ringkas.

Setiausaha Agung KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail, pula menilainya sebagai cukup komprehensif, lengkap dan menyeluruh mencakupi pelbagai perkara termasuk memberi penegasan semula terhadap prinsip muafakat rakyat yang diputus dalam konvensyen pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam.

"Ucapan ini juga saya anggap sebagai yang mengingatkan kembali asas-asas kekuatan PAS sebagai sebuah parti khususnya dalam mengingatkan kembali tugas utama dewan-dewan Ulama, Pemuda, Muslimat serta Dewan Himpunan Penyokong PAS," tegas beliau.

Tiada ulasan: