KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 10, 2010

Sepakat ke Putrajaya - seru Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

BERTOLAK daripada gagasan menghadapi pilihanraya umum ke-13, ke arah menjadikan PAS sebagai peneraju politik negara, maka PAS hendaklah menguasai politik Melayu Muslim dan sekaligus mendapat kepercayaan pengundi bukan Melayu-Non Muslim, terang Mursyidul Am PAS sewaktu merasmikan tiga sayap utama PAS malam tadi di Putik.

Melihat kepada sambutan rakyat sejak pilihan raya umum 2008 dan sebelas (11) pilihan raya kecil, dapat dikatakan bahawa telah berlaku tsunami politik kalangan pengundi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina. Terbaru, atas nama Pakatan Rakyat kita berjaya merampas parlimen Sibu dari Barisan Nasional. Ia adalah bukti peningkatan keyakinan rakyat terhadap pendekatan politik baru Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional.

Justeru, kita yakin mood rakyat sekarang adalah bersama Pakatan Rakyat. Rakyat sudah jemu dengan pendekatan politik kebendaan ‘beli undi’ dan sekular Barisan Nasional. Atas prinsip politik Pakatan Rakyat yang mula diterima ini, maka PAS hendaklah bersama dengan mood rakyat.

Dengan ini, suka saya mencadangkan agar kesemua peringkat parti, khusus Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang bermuktamar kali ini dapat membincang dan merumuskan pendekatan politik-dakwah secara khusus atas cita-cita mengisi tema ‘Sepakat Putrajaya’ persis Fathu Makkah pada zaman Rasulullah SAW. Ia bermaksud, suatu laluan Putrajaya sudah dirintis, terbuka dan rakyat sedia mengiringinya. Maka, pemimpin pasti sedar, dan tunggu apa lagi?

Berkerjalah kita. Persoalannya, sejauh mana PAS sebagai parti untuk menguruskan bahtera perjuangan membuat persediaan. Seruan saya, mantapkan tindakan ke arah mengisi ‘Sepakat Putrajaya.’ Maka, laksanakanlah perintah Allah, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu..."

Sebagai menyahut seruan Sepakat Putrajaya ini, maka Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat hendakklah membina pelan strategik pilihanraya ke-13 sebagai panduan bagi memastikan segala usaha dewan-dewan adalah menyokong gagasan PAS memimpin perubahan tatkala pilihanraya umum akan datang.

Tiada ulasan: